Alhamdulillah, pregnantkan si adik dimudahkan. Masa kakaknya, Suki pun takde la banyak masalah. Just masa Suki dulu HB kurang stabil and selalu kena repeat HB. And yang paling berat ialah Suki songsang. Terpaksa la operate mama kamu ni haa.. Pengalaman bersalinkan Suki dah pernah cerita, tapi kat lain. Nanti ada masa carik bailk.
Cam mane lak cerita si adik ni? Disebabkan masa Suki haritu terpecah air ketuban awal, so dah masuk weeks ke 36 tu dah stanby. Tapi tunggu punya tunggu sampai weeks 40 and sampai due pun tiada tanda2 bersalin lagi.
Sampai lah pada tarikh due iaitu 30 Mei 2015. Dah sampai tarikh due tapi belum ada tanda2 bersalin memang la agak cuak. Takut kena bersalin paksa. So, hari due tu ajak Mr Hubby gi jenjalan. Yelah nak suruh cepat2 and mudah bersalin. Petang nya, pergi ke playground TTI and kebetulan ada fair, gi cuci mata jap. Takde tanda2 lagi ni. Ajak lagi malam tu gi jalan kat taman warisan dekat pasar payang. Perginya dah lewat. Balik singgah makan roti canai dulu. Sampai kat rumah lebih kurang pukul 1. Letih gila oii... carik pasal lagik. Masa jalan2 tu dah tak larat kot..hoho..
Then balik rumah, rehat2 and tidur. Belum tidur tu dah rasa tak sedap hati sebenarnya. Tiba-tiba... jeng3... dalam pukul 4 terasa sakit contraction. Rasa siskit2 je tapi dah tak lena tido dah ni. Dah start risau dah ni. Then gi bilik air, tengok kat underwear ade merah2 skit. Dah syak ni tanda bersalin. Lagi lah risau kita ni. Try sambung tidur balik tapi tak dapat tidur sangat sebab sakit and risau. Ke kanan ke kiri tup tup dah subuh.
Masuk bilik air lagi masa subuh, amik kau gedebuk jatuh lendir campur darah. Maksudnya di sini dah kena stanby untuk ke hospital. Terus mandi2 and sembahyang. Then lepak2 lagi dengan Encik suami. Serba salah nak pergi ke nak tunggu dulu. Pikir punya pikir sampai cerah langit. Encik suami pergi belikan breakfast. Then mintak ma rebuskan telur separuh masak.
Pikir lagi nak pergi sekarang ke tak. Tengok jam, contraction makin kerap, so decide go to hospital lah. Delay punya delay, pukul 10 lebih baru keluar rumah. Nasib baik si kakak belum bangun tidur. Sampai je hospital, lepak2 dulu malas nak daftar lagi.Sampai hospital ni sakit kurang pulak. Dah bosan termenung, gi la daftar. Memula kena interbiu tanya macam2 oleh nurse. Then masuk bilik doktor, kena interbiu dengan doktor plak. Yang ni HO lelaki. Last cek jalan of course Doc perempuan. Bukaan 2cm. Baru la masuk wad. Masa register ni sakit contraction jarang sikit.
Dah masuk wad apa lagi, CTG lah. Tahan jelah tengah sakit contraction, perut kena lilit. Lama tunggu dapat result cantik, tak cantik2 jugak. Last2 nurse suruh gi makan dulu. Sempat dating jap. Lepas abis makan sambung balik. Lama jugak nak dapat result cantik. Baby tidur katanya. Nurse cakap contraction kuat. Masa tu lepas zohor. Habis CTG, rehat di katil.
Then start sakit yang agak sakit. Try baring sebab semalam tidur sikit je, Tapi tak boleh baring. Kalau time baring datang contraction, fuhh tak leh tahan... Berjalan lah kita keliling wad untuk mudahkan bersalin..... bersambung PART 2.
No comments:
Post a Comment