Others

Page Others ini adalah untuk berkongsi apa-apa sahaja info yang dirasakan menarik :)


1. Jika asas perkahwinan adalah kerana ...... maka .....

  • Jika asas perkahwinan adalah kerana seks, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.
  • Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.
  • Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.
  • Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika zuriat tidak hadir.
  • Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
  • Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.
  • Jadi apa asas kepada perkahwinan?
  • Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka, tidak ada alasan apa pun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai Allah.
Jadi, apa asas perkahwinan kita? Semua macam betul je kan... Tapi first2 hari tu, poin yang last tu kan... kerana Allah.. Yeah, i accepted you because of that. Yang sebelum last tu pun betul jugak kan, kerana cinta.. ;)


2. Ya Allah....

  • Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu...
  • Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...
  • Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu...
  • Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu...
  • Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...
  • Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu...
  • Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...Amin..


3. Hikmah di sebaliknya......

Ketahuilah bahawa…

  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.
  • Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
  • Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.
  • Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.
  • PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.
  • Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.


4. Lelaki cantik dan perempuan gagah?

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
  • Lelaki yang cantik,adalah:-
  • Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
  • Lelaki yang sedia menerima segala teguran
  • Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
  • Lelaki yang tenang dan lapang dada
  • Lelaki yang baik sangka
  • Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita..??
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,
tetapi pada kekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah,adalah:-
  • Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
  • Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
  • Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
  • Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Sayidah Khadijah R.A adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.


5. Manusia

Daripada kitab Nuzhatun- Naadhiriin
Rasulullah s.a.w meriwayatkan:-

" mahukah kamu aku tunjukkan sebaik-baik manusia, sejahat-jahat manusia, semalas-malas manusia, sekikir-kikir manusia, sekeji-keji manusia dan sepencuri-pencuri manusia?"

Rasulullah s.a.w bersabda:

  • Sebaik-baik manusia itu ialah orang yang memberikan manfaat kepada orang lain.
  • Sejahat-jahat manusia ialah orang yang tidak tidur di waktu malam, namun ia tidak sedikit pun mengingati Allah walaupun sekejap, 
  • baik dengan lisan mahupun dengan anggota badannya.
  • Semalas-malas manusia ialah orang yang tidak tidur di waktu malam, namun ia tidak sedikit pun mengingati Allah walaupun sekejap, baik dengan lisan mahupun dengan anggota badannya.
  • Sekeji-keji manusia itu ialah orang yang disebut namaku di sisiNya, namun tidak selawat untukku.
  • Sekikir-kikir manusia itu ialah orang yang kikir memberi salam kepada orang lain
  • Sepencuri-pencuri manusia itu ialah orang yang mencuri di dalam sembahyangnya. ( iaitu orang yang  tidak menyempurnakan rukuk 
  • dan sujudnya.)

6. Doa Perkahwinan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu


7. Zawjati (Ahmed Bukhatir)...... nice song


I love you the way you are
I love you however you are
and whatever becomes or whatever happens 
you are my love you are, my wifwe

chorus repeats.........

My Halal one you are, I do not fear
The time has allowed for us to be together forever
You poured love into my heart by your good actions and character 
and the life becomes pure when you come

My day is a hardship until I return to the house and I find you.
All darkness goes away from me if you smiled

chorus repeats .....

Life becomes harder and harder on me in the day you were upset
So I go striving until I fullfil what you wished for

Narrow is my life when I see you sad! 
So I strive to seek what u wish.
I am happy when I see you happy 
and I will give you my greatest love and warmth forever.

Our religion together, identical like the land and the plants.
You are my hope and my soul, You are my happiness and Inspiration!
My life becomes perfect when I see you happy....! 

I love u the way you are!
I love u however you are!
And whatever becomes and what ever happens...
You are my love!
You are my wife!