Lagu: Tercipta Untukku (Ungu)
Sila tekan button PLAY pada player di bawah.
Ramai yang mendambakan cerita cinta yang sempurna. Tiada siapa yang mengharapkan kisah cinta mereka kecundang di tengah jalan. Cerita cinta yang bagaimanakah yang dikatakan sempurna itu? Seperti cinderella? snow white? atau novel-novel melayu yang begitu cliche jalan ceritanya..."bahagia selamanya"..."happy ever after"...
Kebanyakan "written lovestory" akan bermula dengan kisah sedih..sedih..sedih...dan akhirnya gembira.... But in real life, it is not like that. Maybe today we are happy, tomorrow sad, sad, happy, sad, and happy again... Dan mungkin dalam satu hari, kita boleh rasa semua perasaan tu. That's what we called life~ (adeh, melalut la plak.. pjg plak mukaddimahnye)
So the thing is, bagaimanakah cerita cinta kami.... Mungkin tidak semenarik cerita cinta kau, kamu ataupun awak. Tapi ia amat bermakna buat kami. Cerita kita akan jadi menarik untuk kita sebab kita yang melaluinya dan merasainya.. kan...kan...kan....
Where the story start? Emmm.. kalau nak cerita semua cam tak best je kan. Biarlah some of the story menjadi rahsia kami berdua :) Kalau nak cerita semua melibatkan nama2 lain and i don't really like. But past is past rite? :)
Bermula sebagai kawan, kenal semenjak aku lepas SPM. Usia muda remaja lagi kan, sibuk nak bersms berkenalan la. Berkawan berkawan dan berkawan. Lama jugak ber 'tittle' kawan ni. Masa awal-awal kenal banyak la berkongsi cerita itu dan ini. And he did ask me to kapel la orang sekarang cakap. Tapi aku ada prinsip aku sendiri. No kapel-kapel oke!. Nanti bila dah sampai masa nak kahwin baru fikir soal ni. Mungkin sudah ada perasaan suka, tapi sebab kat atas ni dan ada satu lagi sebab hanya aku dan dia je tahu. Bila fikir balik aku rasa maluuuu sangat-sangat! Awak, saya malu sangat kat awak. Aim sori..huu.. :( *menyorok lam cimut*
5 tahun lepas, awak pernah suka saya, tapi tak reti lagi menda2 ni kan. Bagus jugak kan saya tak terima awak awal-awal dulu. Kalau tak mesti dah bercouple. Tak elok tau kapel kapel ni.hehe.... Biasalah.. Masa tu masih 'kanak-kanak' kan. Orang lain kapel, kita pun nak kapel sebab nak tahu macam mana rasa bercouple tu kan.
Dalam tempoh berkawan, setahun ada la skali dua boleh jumpa. Atceli tak jumpa pun, cuma tengok dari jauh je. Kami biasanya berada di majlis yang sama, majlis atuk-atuk kami i.e sambutan maulid dan hari raya haji.
Dah lama-lama skit berkawan, aku senyap dia pun senyap. Masing-masing bawa hidup sendiri. Tapi kadang-kadang ada la kontek jugak. Bila jumpa kat majlis ni baru sibuk nak mesej kan..kan2? ;p Sampai la satu hari tu, kami kontek balik dengan topik yang serius. Okey saya ngaku, saya yang ajak awak kahwin dulu kan.hahaha.... Pastu bla bla bla bla... (ada la cerita kat sini, private and confidential! ngeh3~)
Setelah membuat petimbangan........ Akhirnya, i accepted you as my hubby-to-be.. wow~ Aku telah membuat satu keputusan yang besar dalam hidupku untuk melangkah ke fasa seterusnya. Tak pernah terfikir pun yang saya akhirnya dengan awak. Yes, we decided it first tapi keputusan agung terletak kat tangan orang tua kami. Lepas tu? SMI pun bagitahu kat family dia dan familynya approve. Then seorang wakil dari familynya bercakap dengan ayahku. Setelah diperkenankan oleh orang tua kami, kami pun memutuskan untuk mengikat tali pertunangan.
Then, it's not a family arrangement, and it's not a kapel kapel love story..... Yeah.. Mungkin cerita ni boring untuk sesetengah orang. Tapi apa yang ku cari ialah cinta yang halal. Bukan cerita cinta berdating sana sini yang mungkin korang rasa lagi best.hehe... :) Yeah, tidak dinafikan cerita macam tu memang best, lagi-lagi kalau macam dalam cerita korea tu.ekekeke... Tapi selagi mampu, baik kita takyah kapel2 kan?
Happy sangat-sangat tau awak. Dan sekarang menunggu masa untuk menjadi yang halal bagimu wahai kekasih hatiku Syukram Mohd Idris. Dalam tempoh bertunang ni la kami nak memahami satu sama lain. Masa status kawan lain, bila da lebih dekat baru betul-betul kenal dan faham macam mana. U explore me and i explore u. I LOVE YOU LOVE ME... SO MUCH!
or............you did love me from the start? ;)
(cerita ini bukan lah direka-reka... but it is not a complete story...)
~Ditulis oleh NFG, diedit dan di'approve' oleh SMI
or............you did love me from the start? ;)
"We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly."
(cerita ini bukan lah direka-reka... but it is not a complete story...)
~Ditulis oleh NFG, diedit dan di'approve' oleh SMI