Hai hai hai.. rini nak citer pasal meow.. Terjebak dengan meow la plak sekarang. Mula2 haritu Bab (my father) bela kucing sebab kat rumah banyak sangat tikus. Then dah lama2 termengandung dan kemudian beranak la dia. Ada 2 ekor anak dia. So, we decided nak adopt la baby meow tu.
Time tu dah mai dah rasa nak bela meow ni. Teringat plak hari tu pernah tanya Kak Oie (kawan kat UPM) pasal kucing Bengal dia. Terus whatsapp tanya kucing tu available lagi ke tak. Dia cakap available. Dah 7 bulan. Terus kitorang konfirm dengan Kak Oie nak kucing tu.
Since ada kenduri kat Kemaman hari Sabtu, kitorang pun balik kampung hari khamis. Cik Abam kena jadi pembantu tukang masak la plak. Malam lepas kenduri terus bertolak ke KL. Punya semangat ni nak gi ambik. hahaha...
Ni la kucing kami.. Actually dua-dua jantan. Macam sepasang je kan? Kucing dah kacuk marble and spotted. Mak dia marble.
Apa lagi, terus search pasal kucing Bengal.
Dari wiki:
Lahirnya kucing ras bengal ini bermula dari kota California dan dipelopori oleh dr. Centerwall yang berprofesi sebagai ahli genetik.[5] Ia ingin mendapatkan kucing domestik jenis baru dengan pola spotted wild cat dari hasil persilangan.[5][6] Kemudian dr. Centerwall mengawinkan kucing american shorthair dengan kucing asian leopard, lalu anak betina hasil perkawinan silang tersebut dikawinkan lagi dengan ayahnya, dan lahirlah kucing ras bengal.[1][5] Nama bengal sendiri diambil dari bahasa latin yaitu Leopard cat iaitu felinebengalenis, namun pada umumnya sering disebut Bengal tiger cat
Personaliti kucing Bengal
- Sangat aktif dan memiliki rasa ingin tahu yang cukup tinggi (Memang betul sangat. Macam penyisat gitu. Satu rumah mereka explore)
- Menjadi agresif apabila berhadapan dengan orang yang tidak dikenali (Yoda sangat mesra dengan orang. Nami pulak sangat berhati-hati dengan orang tak kenal. Nak pegang memang susah sangat. Sekarang dah ok skit).
- Walaupun aktif, tetapi jenis yang pendiam. Sukar mendengar ia mengiau kecuali pada keadaan atau perkara yang tertentu sahaja (Memang kurang mengiau. Kalau membuang pastu tahi dia tak terkambus habis bising la. Tak selesa kot.haha..)
- Suka bermain dengan air, memanjat, bermain sesuai dengan karektor ‘penyiasat’ yang suka explore hal-hal yang dirasakannya baru dan menarik (Nami sangat baik kalau mandi. Yoda plak takut air sikit. Tapi masih lagi baik masa mandi. Perasan Nami suka masukkan kaki dia dalam air minum sambil jilat2 kaki dia. Pembersih sangat ye? or suka sangat air ke apa?)
- Sesuai tinggal bersama @ dipelihara oleh individu atau keluarga yang memiliki persekitaran riuh-rendah, bersikap kepoh atau lucu kerana sifatnya yang gemar bermain (Yoda suka kaki orang.. arrrghhh..)
Ciri-ciri kucing Bengal
- Sekali pandang rupanya seperti harimau bintang
- Memiliki 2 kategori corak iaitu ‘spotted’ dan ‘marble’. Kucing Bengal bercorak ‘spotted’ mirip seperti harimau bintang, manakala kucing Bengal dengan corak ‘marble’ pula, corak pada badannya kelihatan berputar secara rawak atau bergarisan tebal secara mendatar atau menyerong (Yoda & Nami dah kacuk marble & spotted. Corak dia bercampur sikit)
- Warna pada corak yang paling banyak dilihat ialah warna coklat dan hitam berjalur
- Baka kucing jenis ini lazimnya mempunyai tubuh berotot dan kelihatan tegap (Yoda sangat tegap)
- Saiz kucing jantan baka jenis ini lebih besar daripada kucing betina
- Beratnya apabila dewasa boleh mencecah antara 3 hingga 5 kilogram. Agak kecil berbanding kucing baka Maine Coon
Jom layan gambar2 diorang....
|
Nami si penakut orang |
|
Namito mama |
|
Yoda ayah |
|
Banglo diorang |
|
First di rumah kami. Suki mengajar Alif Baa Taa.. haha.. ngan kucing pun nak menunjuk.. |
|
Ayu2 giteww Yoda.. Opss I'm a boy OK!!~ |
|
Yoda san.. |
|
Nami san |
|
Time tengahari je tido.. Malam aktif bebenor |
|
Cantik tak mata saya?? |
|
Berbantalkan lengan
|
|
Ada terbaca, kucing Bengal ni kat hujung telinga dia ada bulu meruncing. nampak tak?? |
Oh my recent obsession.. Asyik search pasal Bengal je. :p
No comments:
Post a Comment