Saturday, September 6, 2014

Si Nami & Yoda

Hai hai hai.. rini nak citer pasal meow.. Terjebak dengan meow la plak sekarang. Mula2 haritu Bab (my father) bela kucing sebab kat rumah banyak sangat tikus. Then dah lama2 termengandung dan kemudian beranak la dia. Ada 2 ekor anak dia. So, we decided nak adopt la baby meow tu.

Time tu dah mai dah rasa nak bela meow ni. Teringat plak hari tu pernah tanya Kak Oie (kawan kat UPM) pasal kucing Bengal dia. Terus whatsapp tanya kucing tu available lagi ke tak. Dia cakap available. Dah 7 bulan. Terus kitorang konfirm dengan Kak Oie nak kucing tu.

Since ada kenduri kat Kemaman hari Sabtu, kitorang pun balik kampung hari khamis. Cik Abam kena jadi pembantu tukang masak la plak. Malam lepas kenduri terus bertolak ke KL. Punya semangat ni nak gi ambik. hahaha...

Ni la kucing kami.. Actually dua-dua jantan. Macam sepasang je kan? Kucing dah kacuk marble and spotted. Mak dia marble.


Apa lagi, terus search pasal kucing Bengal.

Dari wiki:
Lahirnya kucing ras bengal ini bermula dari kota California dan dipelopori oleh dr. Centerwall yang berprofesi sebagai ahli genetik.[5] Ia ingin mendapatkan kucing domestik jenis baru dengan pola spotted wild cat dari hasil persilangan.[5][6] Kemudian dr. Centerwall mengawinkan kucing american shorthair dengan kucing asian leopard, lalu anak betina hasil perkawinan silang tersebut dikawinkan lagi dengan ayahnya, dan lahirlah kucing ras bengal.[1][5] Nama bengal sendiri diambil dari bahasa latin yaitu Leopard cat iaitu felinebengalenis, namun pada umumnya sering disebut Bengal tiger cat

Personaliti kucing Bengal

  • Sangat aktif dan memiliki rasa ingin tahu yang cukup tinggi (Memang betul sangat. Macam penyisat gitu. Satu rumah mereka explore)
  • Menjadi agresif apabila berhadapan dengan orang yang tidak dikenali (Yoda sangat mesra dengan orang. Nami pulak sangat berhati-hati dengan orang tak kenal. Nak pegang memang susah sangat. Sekarang dah ok skit).
  • Walaupun aktif, tetapi jenis yang pendiam. Sukar mendengar ia mengiau kecuali pada keadaan atau perkara yang tertentu sahaja (Memang kurang mengiau. Kalau membuang pastu tahi dia tak terkambus habis bising la. Tak selesa kot.haha..)
  • Suka bermain dengan air, memanjat, bermain sesuai dengan karektor ‘penyiasat’ yang suka explore hal-hal yang dirasakannya baru dan menarik (Nami sangat baik kalau mandi. Yoda plak takut air sikit. Tapi masih lagi baik masa mandi. Perasan Nami suka masukkan kaki dia dalam air minum sambil jilat2 kaki dia. Pembersih sangat ye? or suka sangat air ke apa?)
  • Sesuai tinggal bersama @ dipelihara oleh individu atau keluarga yang memiliki persekitaran riuh-rendah, bersikap kepoh atau lucu kerana sifatnya yang gemar bermain (Yoda suka kaki orang.. arrrghhh..)

Ciri-ciri kucing Bengal

  • Sekali pandang rupanya seperti harimau bintang
  • Memiliki 2 kategori corak iaitu ‘spotted’ dan ‘marble’. Kucing Bengal bercorak ‘spotted’ mirip seperti harimau bintang, manakala kucing Bengal dengan corak ‘marble’ pula, corak pada badannya kelihatan berputar secara rawak atau bergarisan tebal secara mendatar atau menyerong (Yoda & Nami dah kacuk marble & spotted. Corak dia bercampur sikit)
  • Warna pada corak yang paling banyak dilihat ialah warna coklat dan hitam berjalur
  • Baka kucing jenis ini lazimnya mempunyai tubuh berotot dan kelihatan tegap (Yoda sangat tegap)
  • Saiz kucing jantan baka jenis ini lebih besar daripada kucing betina
  • Beratnya apabila dewasa boleh mencecah antara 3 hingga 5 kilogram. Agak kecil berbanding kucing baka Maine Coon
Jom layan gambar2 diorang....

Nami si penakut orang

Namito mama

Yoda ayah

 Banglo diorang

First di rumah kami. Suki mengajar Alif Baa Taa.. haha.. ngan kucing pun nak menunjuk..

Ayu2 giteww Yoda.. Opss I'm a boy OK!!~

Yoda san..

Nami san

Time tengahari je tido.. Malam aktif bebenor

Cantik tak mata saya??

Berbantalkan lengan

Ada terbaca, kucing Bengal ni kat hujung telinga dia ada bulu meruncing. nampak tak??

 Oh my recent obsession.. Asyik search pasal Bengal je. :p

Tuesday, August 26, 2014

Strawberry Hemangioma

En. wiki cakap :

"Hemangioma adalah suatu tumor rangkaian perisian yang sering terjadi pada bayi yang baru lahir dan pada anak berusia kurang dari 1 satu tahun (5-10%). Biasanya Hemangioma sudah nampak sejak bayi dilahirkan (30%) atau muncul selepas beberapa minggu selepas kelahiran (70%). Hemangioma muncul di setiap tempat pada permukaan tubuh, seperti: kepala, leher, muka, kaki atau dada. Umumnya hemangioma tidak membahayakan kerana sebahagian besar kes hemangioma boleh hilang selepas kelahiran."

Harini nak bercerita pasal Hemangioma. Hemangioma ni banyak jenis. Suki punya Strawberry Hemangioma.  Sebelum ni tak pernah tulis pasal ni. Hari ni tetiba rasa nak tulis plak. Masa baru lahir Suki takde lagi SH ni. Ni haa gambar newborn dia.

Suki first day

Alahai putih bersih. Takde lagi tanda-tanda SH tu. Bila start nampak? Masa umur dia 2 minggu baru keluar. Mula-mula SH tu just macam titik je. Ada 2 titik. Alah macam titik dengan pen merah. Ingatkan kena gigit  nyamuk je. Tapi lepas sehari kesehari tanda tu tak hilang-hilang jugak. Dah start risau dah skit ni. Makin lama makin besar. Mane tak risau. Gegirl plak tu.

Bertambah bulan, tanda tu makin besar. Masa Suki berapa bulan tak ingat dah, refer doktor sebab tanda tu. Then doktor tu explain la sikit2 pasal SH ni. Orang tua panggil tanda breme.. Eja camane tah.

Then dari research sendiri:
SH tu apa? Tanda ni sebenarnya sel darah yang ada kat permukaan kulit. Tu yang nampak merah. Sepatut sel darah kat dalam lah kan. Secara ringkasnya. Kalau salah, pls correct me.

Bahaya ke tak? SH tak membahayakan melainkan kalau ia berada berhampiran mata hidung ke mulut ke. Dari pembacaan juga, ada ibu-ibu yang bagitahu SH ni boleh pecah dan berdarah kalau terluka. So, kalau SH kat dahi kena jaga sikit la rasanya sebab senang terhantuk. Ada jugak ibu-ibu yang bagitahu tanda ni makin merah kalau anak mereka sakit i.e demam.

Macam mana nak rawat @ buang? Ada cara ubatan tradisional boleh alihkan ke tempat lain. Tapi tak minat la menda2 macam ni. Cara perubatan moden pula, satu-satunya cara  adalah rawatan laser. For me, biarkan macam tu je. Sebab setakat ni tak membahayakan dia dan takde la besar sangat tanda tu kat Suki.

Kalau tak buat rawatan boleh hilang ke? InsyaAllah boleh hilang. Bergantung jugak. Bukan kerja kita kan. Ramai jugak yang claim tanda anak mereka hilang bila mereka besar. Mungkin sebab bila makin besar, kulit meregang dan tanda tu semakin rata. Macam Suki, tanda tu dah berhenti membesar setakat ni. Alhamdulillah. Ramai jugak yang tegur nampak makin pudar tanda tu.

Rimas la orang asyik tanya je... Biasala tu manusia kan. Suka bertanya. Hehe.. Kadang2 dah tahu menda tu apa tapi masih lagi nak tanya. Masa mula2 tu memang malas nak jawab. Tapi sekarang, tak kesah dah. Kadang2 tengok cantik jugak.

Tak kesian ke bila dia besar nanti? Ini tugas mummies la. Jangan buat dia rasa rendah diri dengan tanda tu. Sebaliknya biar dia rasa itu satu kelebihan atau menda tu adalah normal. Ala macam orang ada tahi lalat la. hehe... Tapi yang ni warna pink merah. Lagi cantik.. :D

So, mummies yang anak korang ada tanda hemangioma ni, no big worries hokey. Just kalau tanda tu makin membesar tak berhenti2 or ada kat bahagian mata ke baru boleh risau. Tu pun ada rawatan dia. Cepat2 refer pakar ok.

Jom layan gambar2 Suki.

Tanda baru timbul macam titik pen.


Tanda makin jelas

Sebulan 8 hari

2 bulan 15 hari


Raya tahun lepas. Lebih kurang setahun 2 bulan.
(anak dare sorang ni memang terlebih ganas skit)

Setahun setengah

2 tahun lebih

Latest one. 2 tahun  3 bulan

Saturday, August 23, 2014

Susu Singgit

Suki: Mama nok susu..

Mama: Nok banyok mane?

Suki: Nok singgit!

Mama: Errrrr.... Haha

Sunday, August 17, 2014

Fight and Love

We fight a lot, it makes we love each other even more.. and more and more.....

Hope all the negative things, turn out to be positive. And think the positive ways...


Amin~

Salam Idulfitri 2014

Sunday, July 13, 2014

Suki Si Budak T

Suki start pandai cakap sebelum umur setahun. Tapi bukan ayat panjang la.

Tapi lama kelamaan jadi makin tak jelas apa yang dia cakap. Mak ayah dia ni faham la.

Mungkin sebab nak cakap laju. Tah la.. Dan the worse thing now most perkataan start with T. Contoh: Telat (coklat), yang klako Toyo (pok yo; pak sedara dia) n more tak ingat plak.

So, sekarang ni mama kne selalu betulkan tiap kali keluar bunyi pelik. Pronunciation class! Sampai marah2 pulak bila kita betulkan dia cakap. Bosan la tu.

Ada yang experince this? Oh Suki now 2 tahun 2 bulan.

Tuesday, July 8, 2014

Menu Berbuka Puasa


  • Ikan selayang masak kicap
  • Ayam masak merah
  • Sup ayam
  • Ayam masak lemak cili padi
  • Paprik
  • Ikan baung asam pedas melaka
  • Ikan tilapia sweet sour
  • Ikan tilapia tiga rasa
  • Patin singgang asam pedas
  • Patin masak tempoyak
  • Tumis laksa
  • Bendi goreng
  • Tomyam
  • Sardin - (sahur ;D)


Akhirnya masak jugak menu patin masak tempoyak. Sedap je kan bangg? Hehe...
Xpayah poning2 fikir menu. Kita masak apa yang ada jela. Ye dok? Jangan membazir ye...

Thursday, May 8, 2014

Nasi Mandy Kambing Yaman

Senang je rupenye wat nasi mandy ni..hihi.. Sedap2!



Thursday, May 1, 2014

Marie Cheesecake

Resepi Marrie Cheesecake
A:2 bgkus biskut marie lee (perisa coklat)
500ml susu segar-panaskan
B: 500g cheese cream
10ml susu segar
1/2 cawan gula halus
-Satukan cheese n gula halus.pukul.
-Masukkan susu segar (10ml) sedikit demi
sedikit,jgn smpai adunan cair
-pukul lg smpai kembang n sebati,ketepikan
-panaskan susu segar,padamkn api
-ambik sekeping2 biskut n celup dlm susu,trus susun dlm bekas
-sapukan adunan cheese di atasnye
-last sekali,kisar baki biskut yg ada,taburkn dgn cara menapis serbuk biskut di atas cheese,tekan2 sket permukaan,masukkan dlm
peti sejuk 6 jam b4 ptong.

Tuesday, April 15, 2014

Mari Berkenalan Dengan 'Majlis Cinta Rasul'

MAJLIS CINTA RASUL

Tahukah anda majlis apakah ini? Pernahkah anda menghadiri majlis2 sebegini?

Di sini ingin saya perkatakan sedikit tentang majlis ini.

Permulaan majlis biasanya dialunkan Bacaan Qasidah oleh kumpulan jemputan yang berkenaan seperti Soutul Muhibbin dan Anak Warisan Kasih.

Kemudian, di pertengahan majlis pula diberikan tausiyah daripada Tuan2 Guru atau Habaib2. Contohnya Ku Syed Shuhaimi Al-Idrus, Baba Suplar, Abi Khairul Ribath Tok Limbong, Ustaz Mustaffa Kamal dll.

Tausiyah yang diberikan adalah mengenai kecintaan kita kepada Rasul saw dan automatiknya kepada pencipta kita Allah swt. Tanpa cinta kepada Nabi Muhammad saw, apalah kita. Salah satu cara kita mencintai Baginda saw adalah dengan berselawat dan memuji Baginda saw. Bait2 Qasidah juga ada menceritakan tinggi dan terpujinya akhlak Nabi saw, sirah2 perjalanan hidup Nabi saw, syair2 yang menyatakan kerinduan kepada Baginda saw dan banyak lagi.

Kemudian majlis diteruskan lagi dengan Bacaan Qasidah. Dan perlu difahamkan juga, ia bukanlah persembahan semata. Akan tetapi mereka yang menghadiri majlis juga bersama2 mengalunkannya.

Akhirnya, Mahallul Qiyam @ Selawat Berdiri dibacakan sebagai tanda penutup majlis.

Jadi, semua kandungan majlis adalah perkara yang baik2. Tiada menghukum dan mengata orang. Tiada menghasut dan bersangka buruk pada orang. Tiada gelak tawa berlebihan yang membawa kepada kerasnya hati. Yang ada cumalah memupuk RASA CINTA KEPADA NABI MUHAMMAD SAW.

Hadirkanlah diri ke majlis2 sebegini, maka akan rasa cinta sebelum menghakimi. ;)

Saturday, April 5, 2014

Mahar Nabi Adam A.S

Rasa macam jahil sangat sampai cerita ni pun tak tau.

Ritu masa gi Majlis Cinta Rasul, TG bagi tausiyah tentang besarnya Selawat.

Tahukah anda apakah mahar Nabi Adam A.S untuk menikahi Hawa?

Mungkin ramai yang dah tahu.

Masa nabi Adam as teringin nak kawen dengan Hawa, Allah swt mensyaratkan kalau nak kawen mesti ade maharnya.

Nabi Adam as bertanya "apakah maharnya?"

Maka maharnya adalah BERSELAWAT KE ATAS BAGINDA RASULULLAH SAW" sebanyak 3 kali dan ada riwayat kata 20 kali.

Maka halallah Hawa kepada nabi Adam as.

Makanya, nampak tak betapa besarnya kepentingan selawat?

Kerana selawatlah kita ada pada hari ini.

Jadi, nak selawat atau tak kita? Kalau kita taknak selawat, kita nak marahkan orang yang berselawat?

Berselawatlah.. Menunjukkan rasa cinta dan rindu kita kepada Rasulullah saw.

Tuesday, April 1, 2014

Belajar Mengira

Suki dah pandai mengira 1 - 10.

Tapi still pelat la.

At 1 tahun 11 bulan :)

Monday, March 31, 2014

Amanah dan Harta Paling Berharga

Comel kan? Suka tengok kan? Sejuk je kan? Tenang je kan?

Tapi,

Berapa ramai antara kita yang mendidik dan menyalurkan anak ke arah ini? Allah... Sobsob =_=!

Friday, March 21, 2014

Surirumah?

Wo wo jgn kate surirumah tak menjana pendapatan.

Jangan kata surirumah tak masyukkk..

Sekarang duk rumah pun masyuk woo..

Lagi best anak kat tepi woo..

Kalopun tak masyukk, takde yang lebih berharga daripada menjaga keluarga sendiri.

Woot. Woot.

Monday, March 17, 2014

Cik Bedah dan Cik Kiah

Dalam drama Melayu selalunya ada watak Cik Bedah dan Cik Kiah.

Kita suka tak dengan dorang ni?? Tak suka kan? Menyampah kan? Terfikir, wujud rupanya orang macam ni?

Tapi,

Tanpa kita sedar, kita harini pun dah jadi Cik Bedah dan Cik Kiah. Cuma versinya lain skit. Kalo mereka 'power' dengan mulut mereka. Tapi kita 'power' dengan tangan kita. Bak kata orang moden sekarang, Keyboard Warrior.

Banyak mengambil tahu hal orang lain daripada diri sendiri.

Banyak nampak salah orang lain daripada diri sendiri.

Mencerca orang habisan walaupun memang dia salah seperti kita sangat sempurna.

Ok, sekarang siapa rasa dia pun pernah jadi Cik berdua tu? Sila menyampah dengan diri sendiri. Errr..

Maka berubahlah. Jauhkanlah.

Disclaimer: Cik Bedah dan Cik Kiah adalah watak rekaan semata-mata :D

Thursday, March 13, 2014

Bersyukurlah!

Monday, March 10, 2014

Kunfayakun

KUNFAYAKUN...

Fahami sebenar-benar maksud sebelum menggunakan kata.

Hati-hati jangan sampai terpesong akidah.

Kalam ALLAH tidak berhuruf,tidak bersuara dan berharakat..

KUNFAYAKUN yang dimaksudkan didalam AL QURAN itulah ialah sesuatu yang dijadikan ALLAH itu tidak akan berubah dan ia akan terjadi dengan segera seperti yang telah tetap pada ILMU dan IRADAH ALLAH..

Tetapi ALLAH menjadikan sesuatu dengan sifat QUDRAH yang ada pada zatnya yang qadim lagi azali..
ALLAH tdk mnjadikan sesuatu dgan KUNFAYAKUN..

Sunday, March 9, 2014

Suki Dah pandai Mengorat. Eh?

Semalam gi jenjalan kat waterfront Pulau Kambing. Bawak Suki gi playground. Sebelum main kitorang lepak2 makan dulu kat taman situ.

Kat sebelah kitorang ada satu family tengah makan2 jugak. Salah sorang anak mereka sebaya Suki and boy.

Suki pun tengok2 kat budak laki tu. Tengok2. Sengih2. Then sambil pandang budak tu dan tangan kat dada Suki cakap "Sukainah" (of course bahasa pelat dia).

Haha.. Anak mama dah pandai introduce herself nak berkawan. Good improvement Suki!

Monday, March 3, 2014

Ehems..

Already stop 'that' thing.

Now waiting for 'that other' thing. Hihi...

Thursday, February 27, 2014

Ya Rasulullah Sudilah Tuan Memandang Kami

Gelaran Al-Amin diberikan padanya,
hidupnya suci tiada berdusta.

Dilamar Siti Khadijah sebagai suami,
melihat akhlak indah menguruskan dagangannya.

Di gua Hira' Baginda berkhalwah sayu,
maka didatangi Jibril membawa wahyu.

Bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu,
engkaulah penutup segala nabi dan rasul.

Duhai para saudara semua,
apakah kalian tiada gembira.

Kelahiran Baginda penyelamat insan,
dari kegelapan tiada bertuhan.

Duhai para saudara sekalian,
janganlah berpaling dari Nabi mu.

Jalannya membawa pada kebahagiaan,
jalannya menghancur nafsu dan syaitan.

Bagindalah nanti yang akan mencarimu,
ketika ketakutan di Hari Akhirat.

Syafaatnya luas tiada terhingga,
para malaikat tak dapat menahannya.

Maafkan kami yang lalai selawat padamu,
sedangkan engkau amat mencintai kami.

Maafkanlah kami wahai jiwa yang pemaaf,
diri kami yang penuh dosa dan noda.

Ya Rasulullah,
sudilah Tuan memandang kami.

Ya Rasulullah,
sudilah Tuan memandang kami.

Ya Rasulullah, sudilah kiranya,
sudilah Tuan memandang kami.

Ya Rasulullah, sudilah kiranya,
sudilah Tuan memandang kami.

Ya Rasulullah, Ya Habiballah.

Ya Rasulullah,
sudilah Tuan memandang kami.

Ya Rasulullah,
sudilah Tuan memandang kami.

Beruntunglah (Ya Hanana versi Melayu)

Telah terbitnya cahaya purnama,
Menerangi malam gelita,
Telah terbitnya cahaya purnama,
Menerangi malam gelita,
Kelahiran nabi Ahmad,
Anugerah daripada Allah. (Allah) (A)

Beruntunglah.. Beruntunglah..
Diutuskan Nabi Muhammad,
Beruntunglah.. Beruntunglah..
Diutuskan Nabi Muhammad.  (B)

(Ulang A)
(Ulang B)

Penghimpun segala rahsia,
Tujuh ayat Al-fatihah,
Tiada yang sama sepertimu,
Dan dariNya wahyu umtukMu. (Allah)

(Ulang B)
(Ulang A)
(Ulang B)

Terpisah bulan keranaMu,
Menggetar jiwa yang lesu,
UmmatMu jadi kebanggaan,
Terkenal seluruh dunia. (Allah)

(Ulang B)
(Ulang A)
(Ulang B)

Sunguh manis senyum di bibirMu,
Menawan hati yang rindu,
Alangkah lembut belaianMu,
Terasa hangat kasihMu. (Allah)

(Ulang B)
(Ulang A)
(Ulang B)

Selawat salam ke atasMu,
Dan juga para ahliMu,
Untuk kami syafaat Kau beri,
Luasnya tidak terperi. (Allah)

(Ulang B)
(Ulang A)
(Ulang B)

Kata Ayahku 1

Kata ayahku orang zaman sekarang hebat2.

Boleh baca hati perut/ isi hati orang.

Boleh tahu apa niat seseorang itu melakukan itu dan ini.

Boleh tahu sama ada orang tu ikhlas atau tidak dalam melakukan sesuatu.

Boleh tahu orang buat sesuatu tu bersebab. Sebab nak dapat nama, sebab nak dapat pujian, sebab nak dapat ganjaran dll.

Hebat sungguh!

Dalam tidak sedar,  kita sudah melawan Sang Pencipta.

Kita seperti tahu segalanya. Astaghfirullahalazim..

Oleh itu, bersangka baiklah kita.

Jangan mudah menghukum orang seperti kita tiada salah.

Istighfar... Istighfar... Istighfar...

#selfreminder

Tuesday, January 7, 2014

Kek Minyak Bakar

Sebelum
Agak2 ada orang nak beli tak??




Muffin Pisang

Sebelum Bakar


Abaikan 1 tak merekah.hehe...

Yang paling cantik.. kot?



Saturday, January 4, 2014

Puding Karamel aka Puding Gula Hangus



First trial buat Puding Karamel. Kira menjadi lah ye?

Tak tahu sepatutnya yang betul2 menjadi macam mana tekstur dia. Any0ne kn0w?

Simple je nak wat puding ni.hehe..

Resepi Puding Karamel aka Puding Gula Hangus

F0r karamel
1/2 cawan gula
2 sb air

F0r Puding
5 biji telur
3 sb gula
1 tin susu sejat/ susu cair
Esen Vanilla

Cara-cara:

  1. Panaskan gula + 2 sb air. Kalau nak senang panaskan dalam l0yang terus. Hati2!! Sangat panas 0k.
  2. Dalam bekas lain,pukul 5biji telur. Pukul bagi telur tu pecah ngan rata je. Masukkan esen vanilla.
  3. Panaskan susu sejat + 3 sb gula. Bagi dia suam2 je. Kacau sampai gula larut. Tuangkan ke dalam bekas telur tadi. Kacau.
  4. Masukkan ke dalam l0yang. Make sure tapis ye. Ada bendasing yang kita tak nak.
  5. Kukus lebih kurang 30 minit.
  6. Dah masak, biarkan sejuk dan telangkupkan.

SIAP! MAKAN!