Tuesday, November 12, 2013

Melawat Orang Balik dari Makkah; Mintak Kurma?

Baru-baru ni, mok sedara en asben; Mok Su menunaikan haji. kami tak berkesempatan nak pergi sebelum dia pergi. So, kami decide pergi melawat masa dia pulang.

Alih2, ada yang kata, "balik baru nak gi tengok". Hello! Balik la bagus pergi melawat. Ambil berkat dari orang yang baru pulang dari tanah suci. Boleh dengar cerita-cerita kat sana. Macam-macam ragam. Yang paling best Mok Su citer dapat berdoa dalam Raudhah tu. InsyaAllah moga diizinkan ke sana. Sapa tak mahu pergi kan?

Kalau kami pergi sebab nak kutip kurma, air zam-zam, cenderamata tu semua, boleh beli sendiri la. Adoi.. Ada lagi yang berfikiran macam ni. Kalau pergi tu dapat ole-ole, Alhamdulillah. Ye dok?

Change your mind perspective, please...

No comments: