Saturday, November 23, 2013

Mati Itu Pasti

16 Nov 2013 - Dikejutkan dengan kematian pak saudara sebelah Ma. (Pok Din). Katanya serangan jantung.

17 Nov 2013 - Drebar bak, Ayah Weil kehilangan anak ke-4 nya. Accident.

Al-Fatihah untuk keduanya.

Mati itu pasti.


Wednesday, November 13, 2013

Cita-cita Saya (Suki)

Cita-cita saya nak jadi pomen. Saya lagi suka tengok kat bawah kereta saya daripada naik kereta. Tak caya tengok gambar kat bawah ni.

Ank engineer-tak-jadi sangat!~~

Memang macam ni la selalu keadaan kereta saya. Sian mama saya hari-hari kena kemas. Sori mama..hehe...

Pastu semalam saya gaduh dengan adik Sum. Dia nak naik kereta. Tapi saya nak baiki kereta tu. Dalam gambar kat bawah ni saya pegang kat belakang sebab nak lingkup kete tu.. Ish Ma'sum ni. Tak rock ah gini.



Tapi ayah ngan mama suruh jadi ustazah. Ustazah pun boleh baiki kereta kan? hikhik...

Mengalah

Mengalah bukan bererti kalah,
Mengalah bukan bererti salah,
Cuma untuk hentikan berbalah,
Kerna ia dimurka Allah.

Tuesday, November 12, 2013

Melawat Orang Balik dari Makkah; Mintak Kurma?

Baru-baru ni, mok sedara en asben; Mok Su menunaikan haji. kami tak berkesempatan nak pergi sebelum dia pergi. So, kami decide pergi melawat masa dia pulang.

Alih2, ada yang kata, "balik baru nak gi tengok". Hello! Balik la bagus pergi melawat. Ambil berkat dari orang yang baru pulang dari tanah suci. Boleh dengar cerita-cerita kat sana. Macam-macam ragam. Yang paling best Mok Su citer dapat berdoa dalam Raudhah tu. InsyaAllah moga diizinkan ke sana. Sapa tak mahu pergi kan?

Kalau kami pergi sebab nak kutip kurma, air zam-zam, cenderamata tu semua, boleh beli sendiri la. Adoi.. Ada lagi yang berfikiran macam ni. Kalau pergi tu dapat ole-ole, Alhamdulillah. Ye dok?

Change your mind perspective, please...

Kawan atau lawan?

Jom kaji.

Selama kita mengembara kat dunia ni, kita banyak buat kawan ke buat lawan?

Kalau banyak buat lawan, mungkin ada something wrong dengan kita sendiri.

Jom audit diri.


Monday, November 11, 2013

Wartawan Segera?

Hari ni ada kemalangn lori dengan motor dekat Geliga. Dua orang mangsa motosikal terselit bawah lori. Ya Allah, takutnya tengok.

Tapi apa yang aku nak komen kat sini ialah orang yang suka ambil gambar orang kemalangan yang mengaibkan. Lepas tu ramai pulak yang share. Please don't la. Bayangkan kalau yang terlibat adalah ahli keluarga kita (minta dijauhkan). Tak sedih ke. Tak kesian ke kat keluarga dia, mak ayah dia.

Ini dah macam saya ade gambar yang paling best, paling clear, paling dekat. Huhu... Hanya pesanan. Walaupun tak nampak mukanya. Kalau perempuan lagila. Dah terbuka aurat pun orang masih nak share gambar2 tu. Hmm... Sape yang pernah terbuat sila jangan buat lai ye. (^_^)V

Sunday, November 10, 2013

Mek Tocang

Bekeng nye muke awok Suki

Saturday, November 9, 2013

Kerana Mulut Badan Binasa

Betul kata orang tua, "kerana mulut badan binasa". Jaga apa yang ingin dituturkan. Mungkin kita hanya ingin bergurau. Tapi mungkin bagi orang lain, itu adalah hinaan baginya. Jadi hati-hati dalam berbicara.

Cuba berfikir dari sudut 'lawan' kita. Ambil balik ayat-ayat yang kita lemparkan pada seseorang tu, dan bayangkan ada orang lain katakan perkara yang sama kepada kita. Agak-agak apa perasaan kita. Fikir-fikir.

Mula-mula aku berfikiran orang yang cakap lepas ni, dia tak kisah kalau orang pun cakap lepas gaya dia bercakap. Rupa-rupanya dia lagi terlebih rasa. Ini berdasarkan pengalaman. Dan bukan seorang. 

Ini bukan nak mengata. Cuma ingin meluahkan apa yang dirasa. Juga untuk ingatan sendiri. Bukannya diri sendiri tak pernah buat kesilapan ni. Tapi jalan terbaik bila kita dah sedar kita buat salah adalah dengan minta maaf dan memaafkan. Supaya hidup kita lebih tenang dan dalam keredhaanNya.

Pada En. Suami pun, kadang-kadang terkasar bahasa. Bila mood swing, bila letih buat kerja sorang2 walaupun tu memang kerja hari2 tapi tiba2 hari tu je rasa nak marah orang tak tolong..haha... I'M SORRY.

TAPI INGAT! Kalaupun bergaduh, jangan sampai memutuskan silaturrahim. Mungkin hubungan makin renggang tapi jangan sampai itu (memutuskan silaturrahim). 

#For my reminder

Thursday, November 7, 2013

Sayang Kamu

Godek2 mesej lama2 jumpa ni.. saje nak share.. 

Andai aku bisa memilih..aku pilih kamu
Kerana kamu ..teman jiwaku
Mendengar bicaramu ..seolah bara
Yang menyala..terang bercahaya..

Andai aku bisa memilih..aku pilih kamu..
Kerana kamu ...teman jiwaku..
Melihat peribadimu.. terbina indah..
Asasnya iman..pakunya tarbiyah..

Biar dunia tahu..engkau jiwaku..
Biar dunia tahu..engkau cerminku..
Biar dunia tahu..engkau sahabatku..
Biar dunia tahu..aku cinta kamu..

Jika hari ini aku melukakanmu..maafkan aku..
Jika hari ini aku melupakan kamu..sedarkan aku..
Jika hari ini aku mengasarimu..tegurlah aku..
Kerana aku..takkan pernah sama denganmu..

Kerana Allah..aku pilih kamu..
Sebagai teman jiwa..berkongsi segala..
Berbeza rentak..itu aku dan kamu..
Hakikatnya..matlamat kita sama..
SYURGA ALLAH..itu yang satu..

Wednesday, November 6, 2013

Buka

Suki baru je baik dari demam. Tapi batuk belum hilang lagi. Lepas baik demam ni ada satu benda yang Suki baru dapat.

BUKA.

Buka apa?

First masa kat rumah mok  Kemaman Suki dah boleh buka pintu masuk. Jinjit (betul tak eja ni?) kaki dia, then tarik pemegang pintu. Haihh... Lepas ni kalo balik sana tak boleh dah biar dia main sorang-sorang kat depan.

Second, dah reti buka peti sejuk. Ni yang paling lemah ni. Sebelum ni pernah je dia tarik tapi tak dapat buka pun. Sekarang dah perkasa. Terpaksalah mama selotape peti tu. Susah jugak sebab peti tu selalu bukak. Adei...

Lastly, dah reti buka seluar. Tapi masa nak buka tu macam biasa la mulut bising je. Marah-marah sebab susah. Tengok esok buka seluar lagi ke tak. Cuti Cuti (Cuti = Suki --> bahasa pelat dia)...

Cepat-cepat baik batuk ye sayang...

Jalan-Jalan Pantai Teluk Mok Nik


Eh Mok Nik tu gelaran mama sebelah ayah. Sebab ayah anak-anak sedara panggil Ayoh Nik. Cam tua eyh? haha... takpe la.. Tapi ada jugak yang panggil Cik Na. Mane-mane pun boleh :)

Ayah menjiwangkan dirinya

Cuki main tulis atas pasir guna ranting
Plannya nak balik dah malam sebelumnya. Dah sampai Kuala Berang dah. Pergi tahlil kat rumah Cik Da tuk anaknya Syasya. Sakit SLE. Al-fatihah untuknya. Siap je tahlil, ayah cakap balik Kemaman. Beg semua dah dalam kereta. Dah kata balik, balik la jawabnya. Tapi takpe la. Boleh jalan-jalan esoknya. hehe...

Sebelum pergi pantai, makan kat kedai bawah pokok. Mama makan laksa penang. Boleh tahan. Lagi order sata and otak-otak. Ayah minum ais jagung sebab abc habis. Mama macam biasa la barli. Minuman berkhasiat.haha... Suki suka makan barli :)

Sempat jugak menyinggah kat CP. Sempat mama grab baju Suki 2 pasang. yeyyy... Bab2 ni pantas aje. Ayah bagi green light mama laju aje.. K, tu jela.. cerita biasa tapi best untuk yang merasa. :))