Monday, December 30, 2013

Cuti-Cuti Taman Pertanian Sekayu


Tuesday, December 24, 2013

Yeyy!

Yeyy yeyy... Dapat kasut baru.. haha..

C0mel c0mel c0mel...

Harga pun 0k...

Tenkiu <3


Wednesday, December 18, 2013

Syurga di Bawah Tapak Kaki Ibu

Menjaga 0rang tua sememangnya sesuatu yang mencabar.

Andai kata suatu hari aku ditakdirkan untuk menjaga 0rang tua ku seperti dia pernah menjagaku ketika aku kecil, aku m0h0n padamu Ya Allah agar diberikan kekuatan dan kesabaran yang tinggi.

Jangan sampai aku mengeluh letih.. Jangan sampai aku meninggi suara padanya. Jangan sampai aku mengabaikan makan pakai nya. Allah... Sangat susah.

Memang kadang-kadang kerenah 0rang tua macam-macam. Kita masa kecil pun begitu. Mengamuk. Ini tak mahu, itu tak mahu. Dah bagi yang di mintak, mengamuk lagi. Bila sakit, minta di belai2, mak bersengkang mata menjaga. Tak b0leh renggang. Diberi makan, selerak satu rumah. Disuruh mandi, liat sekali. Kan...

Kalau mak bleh bersabar dengan kerenah anak2nya, kenapa tidak anaknya.

Aku sangat-sangat kagum pada yang dapat jaga mak ayah dia tanpa mengeluh sikit pun.

Ku m0h0n padaMu agar aku juga dari g0l0ngan itu. Amin...

N0te: Keypad huruf '0' r0sak... Ad0ii... Terpaksa guna 0 (k0s0ng)

Kerjaku

Kerja yang dulu bukan macam sekarang,
Dulu kerja pakai otak sekarang pakai kudrat,
Dulu dulu dulu ku pening kepala,
Sekarang ku bahagia.

Cita-cita ku nak jadi enginia,
Tapi kerja kat rumah pun ok juga,
Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa,
Menetap yang terbaik untuk hambaNya.

Kerjaku dulunya seorang assistant,
Keluar pagi pulangnya dekat malam,
Pulang kerja ambil Sukainah sayang,
Sampai rumah, masak makan malam.

Sekarang hari-hari berada di rumah,
Suka hati dapat main dengan Sukainah,
Hati pun tak selalu gundah,
Di sisiku selalu adanya Ayah (Abang Cayang)


Alhamdulillah... J

Thursday, December 12, 2013

Gambar Sekitar Banjir Kemaman 2013















Thursday, December 5, 2013

Tragedi Banjir Kemaman 2013

Tragedi banjir Kemaman 2012 berulang kembali pada 2013. Tetapi lebih buruk dari tahun lepas
3 December 2013

11.00 pm: Sah (abang ipar) whatsapp bagitahu sedang simpan2 apa yang patut di rumah Mok di Kg. Jaya. Semua barang di dapur angkat bawa naik atas. 

4 December 2013

12.30 am: Mok dan keluarga Yo (abang ipar) berpindah ke rumah Sah. (Pusat Pemindahan Jakar) manakala Yak (abang ipar) berpindah ke rumah Kamal.

01.45 am: Dapat berita daripada Ima (ex-officemate), Nia (ex-officemate jgk) terperangkap dalam rumahnya di Bandar Baru Bukit Mentok. Dia bersama ayahnya yang lepas operate dan uminya. Air dah paras peha ke atas. Saya cuba mintak tolong dan bagi no. yang patut dihubungi. Katanya dia sudah telefon Bomba pada pukul 12.00am. Tak dapat tidur fikirkan Nia. Dengan blackoutnya.

07.30 am: Baru dapat berita Nia dah selamat dipindahkan. Polis yang datang ambil lebih kurang pukul 6.00 am. Ya Allah lewatnya bantuan. Tapi Alhaumdulillah selamat. 

09.00 am: Air di kawasan rumah Sah semakin naik.

10.00 am: Mang (sepupu Yang) dan keluarga berpindah ke surau Mok Dayang.

01.30 pm: Semua di pusat perpindahan Jakar terpaksa berpindah ke Klinik Pergigian Azlan di Yellow Town (Klinik Sah) berikutan air semakin tinggi di Jakar.

03.30 pm: Dapat khabar dari Mang, keluarganya terpaksa berpindah lagi berikutan air semakin naik di Kampung Mak Dayang. Salah satu kawasan yang tinggi di Kemaman. Mang berpindah ke Kijal rumah Pok Mang. Naim (abang ipar) yang tinggal di Kg. Mak Dayang berpindah ke Klinik Sah.

Manakala kami di K.Terengganu bersiap-siap untuk ke Kemaman. Saya duk rumah Ma je. Cik abang je pergi ke Kemaman. Tak senang duduk dia. Kalau saya pergi,buat tambah beban je. Dengan Suki lagi.

04.30 pm: Pergi Nirwana beli sedikit keperluan untuk keluarga di Kemaman. Mula-mula nak pergi dengan Myvi je sebab Pokpir (adikku) nak guna frontier untuk kerja hari2 dia. Then lepas berbincang dengan ayahku, dia bagi Yang guna Frontier. :)

05.00 pm: Yang bertolak ke Kemaman.

09.00 pm. Yang sampai di Kijal. Singgah dekat Mang. Ajak Mang teman gi Kemaman.

10.30 pm: Yang tiba di klinik. Air dilaporkan semakin naik. Malam tu, Yang ronda2 di sekitar Kemaman dan kemudian tidur di Kijal. Caj jap.

5 December 2013

08.00 am: Yang dan Mang bersiap sedia untuk membeli barang keperluan di TMC. Menambah apa yang kurang. Terutama bekalan air bersih. Pukul 10.00 pasaraya baru buka. Orang dah ramai kat luar. 4 troli! 

Jambatan Limbong berdekatan TNB runtuh. Satu-satunya jalan untuk masuk bandar dan ke Geliga sebab jalan satu lagi dah penuh air. Line maxis dah takde. Tak dapat berhubung dengan tersayang. :(

05.00 pm: Dapat mesej dari Yang, guna no. Fadhil update keadaan kat sana. Lepas tu, rehat je.

09.00 pm: Yang ke Kertih cari line. Then beli no. Digi coz Digi je ada line kat bandar.

6 December 2013

Semua geng2 laki pergi jenguk rumah. Paling teruk rumah Yo dan Yap. Nampak bumbung je kot semalam. Harini rumah Yo sampai dada. Then rumah Mok. Rumah Sah masuk bilik lah jugak. Diorang gi rumah ambik keperluan baju sikit-sikit. Mok sehelai sepinggang. :(

Petang: Semua dah letih. Berehat. 

Mungkin esok boleh start operasi membersih di rumah Sah dahulu. Rumah lain air masih tinggi.

Semoga air makin surut. Semoga dipermudahkan. Semoga mereka kuat dan tabah menghadapi dugaan banjir.Ya Allah, lindungilah mereka.


Rumah Moh (Kg. Jaya) - 8am 5 Dec2013

Sungai Limbong dekat CP - 5 December 2013

Pandangan udara. Kemaman dah jadi macam pulau - 6 Dcember 2013

Jambatan kat Agrobank, TNB  - 5 December 2013


Belakang CP, Marjan Hotel (5 December 2013)


Berdekatan Kedai Iling. Tebing Sungai terhakis berikutan air deras. - 6 December 2013

Tak sure kat mana. Kuantan kalo tak silap. Sangat sedih!

Note: Gambar kredit pada tuan gambar. Banyak ambil dari FB.

Saturday, November 23, 2013

Mati Itu Pasti

16 Nov 2013 - Dikejutkan dengan kematian pak saudara sebelah Ma. (Pok Din). Katanya serangan jantung.

17 Nov 2013 - Drebar bak, Ayah Weil kehilangan anak ke-4 nya. Accident.

Al-Fatihah untuk keduanya.

Mati itu pasti.


Wednesday, November 13, 2013

Cita-cita Saya (Suki)

Cita-cita saya nak jadi pomen. Saya lagi suka tengok kat bawah kereta saya daripada naik kereta. Tak caya tengok gambar kat bawah ni.

Ank engineer-tak-jadi sangat!~~

Memang macam ni la selalu keadaan kereta saya. Sian mama saya hari-hari kena kemas. Sori mama..hehe...

Pastu semalam saya gaduh dengan adik Sum. Dia nak naik kereta. Tapi saya nak baiki kereta tu. Dalam gambar kat bawah ni saya pegang kat belakang sebab nak lingkup kete tu.. Ish Ma'sum ni. Tak rock ah gini.



Tapi ayah ngan mama suruh jadi ustazah. Ustazah pun boleh baiki kereta kan? hikhik...

Mengalah

Mengalah bukan bererti kalah,
Mengalah bukan bererti salah,
Cuma untuk hentikan berbalah,
Kerna ia dimurka Allah.

Tuesday, November 12, 2013

Melawat Orang Balik dari Makkah; Mintak Kurma?

Baru-baru ni, mok sedara en asben; Mok Su menunaikan haji. kami tak berkesempatan nak pergi sebelum dia pergi. So, kami decide pergi melawat masa dia pulang.

Alih2, ada yang kata, "balik baru nak gi tengok". Hello! Balik la bagus pergi melawat. Ambil berkat dari orang yang baru pulang dari tanah suci. Boleh dengar cerita-cerita kat sana. Macam-macam ragam. Yang paling best Mok Su citer dapat berdoa dalam Raudhah tu. InsyaAllah moga diizinkan ke sana. Sapa tak mahu pergi kan?

Kalau kami pergi sebab nak kutip kurma, air zam-zam, cenderamata tu semua, boleh beli sendiri la. Adoi.. Ada lagi yang berfikiran macam ni. Kalau pergi tu dapat ole-ole, Alhamdulillah. Ye dok?

Change your mind perspective, please...

Kawan atau lawan?

Jom kaji.

Selama kita mengembara kat dunia ni, kita banyak buat kawan ke buat lawan?

Kalau banyak buat lawan, mungkin ada something wrong dengan kita sendiri.

Jom audit diri.


Monday, November 11, 2013

Wartawan Segera?

Hari ni ada kemalangn lori dengan motor dekat Geliga. Dua orang mangsa motosikal terselit bawah lori. Ya Allah, takutnya tengok.

Tapi apa yang aku nak komen kat sini ialah orang yang suka ambil gambar orang kemalangan yang mengaibkan. Lepas tu ramai pulak yang share. Please don't la. Bayangkan kalau yang terlibat adalah ahli keluarga kita (minta dijauhkan). Tak sedih ke. Tak kesian ke kat keluarga dia, mak ayah dia.

Ini dah macam saya ade gambar yang paling best, paling clear, paling dekat. Huhu... Hanya pesanan. Walaupun tak nampak mukanya. Kalau perempuan lagila. Dah terbuka aurat pun orang masih nak share gambar2 tu. Hmm... Sape yang pernah terbuat sila jangan buat lai ye. (^_^)V

Sunday, November 10, 2013

Mek Tocang

Bekeng nye muke awok Suki

Saturday, November 9, 2013

Kerana Mulut Badan Binasa

Betul kata orang tua, "kerana mulut badan binasa". Jaga apa yang ingin dituturkan. Mungkin kita hanya ingin bergurau. Tapi mungkin bagi orang lain, itu adalah hinaan baginya. Jadi hati-hati dalam berbicara.

Cuba berfikir dari sudut 'lawan' kita. Ambil balik ayat-ayat yang kita lemparkan pada seseorang tu, dan bayangkan ada orang lain katakan perkara yang sama kepada kita. Agak-agak apa perasaan kita. Fikir-fikir.

Mula-mula aku berfikiran orang yang cakap lepas ni, dia tak kisah kalau orang pun cakap lepas gaya dia bercakap. Rupa-rupanya dia lagi terlebih rasa. Ini berdasarkan pengalaman. Dan bukan seorang. 

Ini bukan nak mengata. Cuma ingin meluahkan apa yang dirasa. Juga untuk ingatan sendiri. Bukannya diri sendiri tak pernah buat kesilapan ni. Tapi jalan terbaik bila kita dah sedar kita buat salah adalah dengan minta maaf dan memaafkan. Supaya hidup kita lebih tenang dan dalam keredhaanNya.

Pada En. Suami pun, kadang-kadang terkasar bahasa. Bila mood swing, bila letih buat kerja sorang2 walaupun tu memang kerja hari2 tapi tiba2 hari tu je rasa nak marah orang tak tolong..haha... I'M SORRY.

TAPI INGAT! Kalaupun bergaduh, jangan sampai memutuskan silaturrahim. Mungkin hubungan makin renggang tapi jangan sampai itu (memutuskan silaturrahim). 

#For my reminder

Thursday, November 7, 2013

Sayang Kamu

Godek2 mesej lama2 jumpa ni.. saje nak share.. 

Andai aku bisa memilih..aku pilih kamu
Kerana kamu ..teman jiwaku
Mendengar bicaramu ..seolah bara
Yang menyala..terang bercahaya..

Andai aku bisa memilih..aku pilih kamu..
Kerana kamu ...teman jiwaku..
Melihat peribadimu.. terbina indah..
Asasnya iman..pakunya tarbiyah..

Biar dunia tahu..engkau jiwaku..
Biar dunia tahu..engkau cerminku..
Biar dunia tahu..engkau sahabatku..
Biar dunia tahu..aku cinta kamu..

Jika hari ini aku melukakanmu..maafkan aku..
Jika hari ini aku melupakan kamu..sedarkan aku..
Jika hari ini aku mengasarimu..tegurlah aku..
Kerana aku..takkan pernah sama denganmu..

Kerana Allah..aku pilih kamu..
Sebagai teman jiwa..berkongsi segala..
Berbeza rentak..itu aku dan kamu..
Hakikatnya..matlamat kita sama..
SYURGA ALLAH..itu yang satu..

Wednesday, November 6, 2013

Buka

Suki baru je baik dari demam. Tapi batuk belum hilang lagi. Lepas baik demam ni ada satu benda yang Suki baru dapat.

BUKA.

Buka apa?

First masa kat rumah mok  Kemaman Suki dah boleh buka pintu masuk. Jinjit (betul tak eja ni?) kaki dia, then tarik pemegang pintu. Haihh... Lepas ni kalo balik sana tak boleh dah biar dia main sorang-sorang kat depan.

Second, dah reti buka peti sejuk. Ni yang paling lemah ni. Sebelum ni pernah je dia tarik tapi tak dapat buka pun. Sekarang dah perkasa. Terpaksalah mama selotape peti tu. Susah jugak sebab peti tu selalu bukak. Adei...

Lastly, dah reti buka seluar. Tapi masa nak buka tu macam biasa la mulut bising je. Marah-marah sebab susah. Tengok esok buka seluar lagi ke tak. Cuti Cuti (Cuti = Suki --> bahasa pelat dia)...

Cepat-cepat baik batuk ye sayang...

Jalan-Jalan Pantai Teluk Mok Nik


Eh Mok Nik tu gelaran mama sebelah ayah. Sebab ayah anak-anak sedara panggil Ayoh Nik. Cam tua eyh? haha... takpe la.. Tapi ada jugak yang panggil Cik Na. Mane-mane pun boleh :)

Ayah menjiwangkan dirinya

Cuki main tulis atas pasir guna ranting
Plannya nak balik dah malam sebelumnya. Dah sampai Kuala Berang dah. Pergi tahlil kat rumah Cik Da tuk anaknya Syasya. Sakit SLE. Al-fatihah untuknya. Siap je tahlil, ayah cakap balik Kemaman. Beg semua dah dalam kereta. Dah kata balik, balik la jawabnya. Tapi takpe la. Boleh jalan-jalan esoknya. hehe...

Sebelum pergi pantai, makan kat kedai bawah pokok. Mama makan laksa penang. Boleh tahan. Lagi order sata and otak-otak. Ayah minum ais jagung sebab abc habis. Mama macam biasa la barli. Minuman berkhasiat.haha... Suki suka makan barli :)

Sempat jugak menyinggah kat CP. Sempat mama grab baju Suki 2 pasang. yeyyy... Bab2 ni pantas aje. Ayah bagi green light mama laju aje.. K, tu jela.. cerita biasa tapi best untuk yang merasa. :))

Wednesday, October 30, 2013

Daging Goreng Kunyit

Aikk... Asyik pasal makanan je ni...hehe....

Senang je bahan-bahan dia, cuma lama la nak nunggu empuknya..


  • Gaul daging dengan garam dan kunyit. Perap kejap.
  • Masuk kuali, bukak api kecil dan tutup. Masak sampai air kering. Kalau tak empuk lagi,nak senang letak je air bebanyak n tunngu sampai air kering.
  • Bila air dah kering, masukkan minyak. Goreng.
  • Then masukkan kunyit sikit lagi n bawang. Kalau tak cukup masin tambah garam... kacau2  seap! 
Daging Goreng Kunyit


Food Gives You Happiness

How would food gives you happiness?? 

Makan -- Sedap -- Kenyang -- Happy

Betul tak gitu?? hehe...

Mula2, masak sama-sama...

Then makan sama-sama.. Kongsi bekas..
See dalam gambar kat bawah ni ada 2 pasang sudu and garfu. :)

Last skali kemas sama-sama... (yang ni sorang2 la.heheh...)

2, 3 hari makan mi goreng basah. Lama tak makan.. Tapi lepas ni takmo dah..haha..



Ikan Celop Tepung


Memang sedap! Tapi kena buat sekali dengan air lada la baru best. En Suami la ni nak makan. Sebab teringat yang dia makan kat Kemaman hari tu. Biasa orang tak kelar ikan. Tapi si dia suruh kelar. Saya ikut je ;) Kalau kelar meresap la sikit ye? Nyum3!... Senang je wat ni..

Resepi Ikan Celop Tepung:

Tepung Beras
Kapur
Kunyit
Telur 
Air

Bancuh semua, then celop la ikan dalam tepung tu. Goreng dan siap! Senang kan? hehe... Puas hati makan ;)

Tuesday, October 29, 2013

Aku Sepasang Kasut

Tajuk: Aku Sepasang Kasut

Aku dilahirkan di sebuah kilang yang aku pun tak tahu kat mana. Aku diberi nama Dr. Cardin. Aku bertubuh cun-cun je, saiz 5. Kemudian aku dihantar ke kedai di Kuantan. Aku diletakkan di atas rak bersama kawan-kawanku yang lain. Rupa kami sama. Agaknya kami kembar kot ye?

Haih.. Jemu jugak duduk kat kedai ni. Hari-hari tengok orang lalu lalang. Orang tengok-tengok je aku. Mesti aku comel kan. Seganlah! ;p

Tiba lah suatu hari, dimana seorang awek datang pegang-pegang aku. Letak kat kaki dia. "Selesa!" katanya. Lepas dah puas belek aku , dia pun blah.. Aiihhh... Takde orang berkenan kat aku lagi ke ni.. Hmmm...

Then lepas lebih kurang setengah jam, dia datang balik. Si awek tadi pun ambik aku. Try2 lagi.. Then terus bayar. Yeyy!! Dah dapat tuan baru.

Aku dibawa balik. Rupa-rupanya aku dijadikan kasut hantaran kahwin dia. Maka duduk lah aku di atas singgahsana yang cantik sekali di hari perkahwinannya.

Tuan aku sayang sangat kat aku. Boleh dikatakan hari-hari dia pakai aku. Takpe, walaupun nanti cepat buruk tapi aku gembira dapat berkhidmat untuknya. Time dia pregnant dia tak pakai sangat. Yelah dah naik 15kg. Ni aku curi dengar dia cakap la.hehe... Kaki pun besau semacam je. Sembab.

Sehingga hari ini aku masih lagi berkhidmat untuk tuan aku. Dah nak masuk 3 tahun dah aku tinggal dengan tuan ku. Ni la gambar latest aku. Dah lusuh gila! Tak tahu la sampai bila tahan ni. Tunggu masa je :(



Note: I love this shoes very much! Also because of the story behind.
Note 2: Agak-agak dapat A tak karangan ni?? :p

Friday, October 25, 2013

Mungkin Itu Ucapan Terakhir

Tiba2 dapat mesej or yang tersayang kol "Awak sayang saya tak?".Tapi kita tak respond. And sadly itu adalah ucapan terakhir dari dia untuk kita. Apa perasaan anda?

Like what happened recently. Rasanya kalau jawab, it wont take minutes pun.

Jadi jawab jela. Tidak perlu bertangguh untuk mengucapkan sayang.

Abang, I Love You!

Suki, Mama Love You!

Ma & Bak, Na Love Both of You!

Adik beradik semua, Na Love All of You!

Thursday, October 24, 2013

Jauh di Mata

Hari ni yang tersayang balik Kemaman. Tak best ok jauh. Walau pun kejap je.

Suki dah rindu ayah. Mama pun...

Tadi dah tersalah. Ingat Ayoh Ngoh dia ayah. Sokmo gitu. Cian Suki...

Cepat balik ayah... Dengan selamat. We Love U!


Monday, October 14, 2013

Si Penakut Air

Siapa lagi kalo bukan Suki. Dari baby sampai la sekarang takut air. Masa baby2, kalau time mandi mesti menangis. Tak kira la air suam atau sejuk. Bila dah besar skit, baru suka main air. Main air jela. Kalau nakmandikan susah juga. Lagi2 nak basuh kepala. Usaha keras dia taknak kita basuh kepala dia. Dia takut bila air lalu kat muka dia.

Semalam gi lata belatan. Kebetulan ada kenduri naik rumah di Besut. Alang2 dah sampai sana, lajak lah sikit ke lata belatan. Ayah,Suki, Cik Su & Pok Lawi je yang mandi. Mama & Cik Lang main air je.

Dan sedia maklum, Suki takut air. Masuk air, tak gerak kaki dia. Satu lagi dia memang tak tahan sejuk. Tahu jelah kalau dah air terjun memang sejuk gilerr la... opss giler plak.hehe... Menggigil habis la dia. Sian anak mama.

Next time nak mandi manda lagi. Tapi tak bestla kalau Suki takut air lagi...Mandi pantai tak best. Emm, bila pulak boleh gi mandi air terjun lagi tak tahu la... Ramai2 baru best... Jom!!! :)


Thursday, October 10, 2013

Cintamu by Dygta (Untuk tersayang)

Cintamu, 
Yang kurasa walau tak terucap, 
S'makin dalam 
Cintamu,yang terukir di batas cintaku, 
Selamanya

Tak pernah kumencoba, 
Lepaskan cintamu walau sesaat, 
Sejujurnya diriku terlalu sayang padamu 
Kuingin s'lalu dalam, 
Cintamu

Dan tiada yang kan memisahkan, 
Selamanya 
Cintamu, 
Yang terlimpas, terbias matamu 
S'lama ini

Adakah di hatimu, 
Terbesit satu harapan untukku 
Tuk berjanji selamanya kan selalu milikku

Satu cinta, 
Tak pernah kumencoba, 
Lepaskan cintamu walau sesaat, 
Sejujurnya diriku terlelu sayang padamu 
Kuingin s'lalu dalam, 
Cintamu...

Thursday, October 3, 2013

Mek Bunga

Nama saya Suki...
Saya suka bunga...
Hari-hari saya dapat bunga...yeyyy....

Cinta hati ayah no.2 ni kan..(yelaaa...mama no.1 kan??hehe)...
Hari-hari sebelum ayah gi kerja dia akan mintak bunga...
Bunga seri pagi ke ape tah nama dia..

Ni la bunga nya....

Ayah bagi bunga kat Suki


Ni plak bunga cina kat rumah mak, kemaman...
Sibuk nak petik bunga tu... "mama2,amik2!!...."


Suki panggil bunga, meimei... Toh ler nape.. Maybe sebab mama cakap comel... Jadilah meimei...kot...
Alahai MEK BUNGA! :)

Sunday, September 22, 2013

Entah Kenapa...

Sehari dua ni rasa tak tenang je hati ni.. Rasa berdebar-debar pun ye kot.. Nape ye...
Emmm... tak suka... :(

Saturday, September 21, 2013

Teka-teki?

Bila dia tidur rasa rindu, bila dia bangun tak menang tangan...

APA or SIAPA??

Sape lagi kalau bukan Suki...


Suki ni jenis melekat ngan mama selalu.. Macam tadi, mama bangun dari duduk terus dia merengek. Then mama cakap "mama nak basuh pinggan je.." pastu dia pun ok. Tengok balik laptop. Lepas mama siap basuh pinggan, mama senyap2 masuk toilet nak mandi. Bila dia tak dengar dah mama basuh pinggan, terus pergi cari mama kat dapur. Terpaksalah ajak mandi sekali.

Kadang-kadang masa duk kat dapur, dia datang berlingkar kat kaki mama. Sepah2 kan barang dapur. Tu dah jadi hobi dia dah. Sebab tu kalo Suki tak tidur, mama memamng tak menang tangan...

Bila dia dah tidur, campur masa tu kita tengah rehat jap, rasa nak pergi kejutkan dia tidur nak ajak main. Rasa rindu nak main dengan dia. hehe...

Suki oh Suki...



Sunday, September 8, 2013

Duyan Kijal Come to Mama... Plzzzz....

Tiba- tiba....jeng3.....
Adaaaa orang terketik-ketik (bhs trg,,haha) nk makan duyan kijal...
Dia dah otw ke kijal...dah sampai kot ni...
Mama pun tak sabar jugak ni nak makan duyan kijal...
NYUM3!!!~~~

Cepat balik....rindu dah ni.... 
rindu duyan jugak...kik3....
hati-hati bawak kete ye....

Bukan Dia.....

Cantiknya dia....
Mulus kulitnya....
Hebatnya dia...
Santun bicaranya...

Tapi bukan dia...

Bukan dia yang berkorban nyawa lahirkan anak kita,
Bukan dia yang memasak untuk kita,
Bukan dia yang menjaga makan pakai kita,
Bukan dia yang menjaga ketika kita sakit,
Bukan dia yang berkorban tidur untuk menjaga anak kita,
Bukan dia yang berdoa untuk kita,
Bukan dia yang menenangkan hati kita bila kita keresahan....

Tapi hanya seorang.....

ISTERI.....


* Ini adalah kata-kata yang keluar dari mulut seorang lelaki... Saya tulis balik je...hehe....

** Ini versi untuk lelaki.. Kalau untuk perempuan pun sama je...

KESIMPULANNYA... Hargailah isteri/suami kita...dan terimalah kekurangan dia seadanya...masing-masing ada kekurangan... Jika tidak berkenan akan sesuatu pada isteri/ suami, tergurlah dengan santunnya... :)

Bersama-sama Hingga Akhirnya...

Hope that we will always be together...InsyaAllah....

Kita pernah melalui fasa susah bersama....
Tapi sebenarnya ia adalah waktu untuk kita luangkan bersama...
Susah dari segi lainnya, tapi happy dalam hatinya...
Dari pagi sampai malam, melepak bersama ...Seronokkknyaaa tak terkata...
Jika ujian kembali menjelma, harap kita tabah hadapi bersama....
Sabar itu satu jalannya....
Usaha dan berserah pada-Nya...
Harap kita akan kekal selamanyaa... hingga syurga.. InsyaAllah....


Tidak Dapat Ditukar Ganti

Mereka harta paling berharga saya...!! :)

My Life My Love My Everything

Monday, July 8, 2013

Suki's Trick!


  • Mama tutup pintu bilik sebab mama kat dapur. Suki suka panjat meja solek dalam bilik. Lepas tu dia pergi depan pintu bilik, ketuk2 pintu dan nangis.. "Babak babak"... mama pun kesian ingat dia nak susu betul2,.mama pun buka lah pintu. Terus laju masuk bilik dengan excitednya.
  • Mama tutup lid laptop. Suki tunjuk2 laptop cakap " Nk tengok cite" (bhs pelat dia).. Ok, trick lagi! Padahal nak main ketuk2 keyboard.
  • Suki nampak periuk bertingkat2 atas meja. Mama letak atas meja sebab Suki suka main. Bising! Suki tunjuk periuk cakap " Nak nasik" Ok sebenarnya nak main periuk kan..?kan? hahaha...


Suki Suki....Gelak sorang2 mama... :)

Wednesday, June 26, 2013

Saya Minta Maaf Duhai Jiran Tetangga

We're now dalam proses nak settle down dekat KT. Baru berpindah dari Kemaman ke KT. Baru tak baru sangat la. Tapi banyak berulang-alik Kemaman - K.Terengganu. So, stay kat rumah di KT jarang2 je.

Memang tak nyempat nak bercerita dengan jiran tetangga. Ber'hai' dan ber'senyuman' tu sempat la...kot... Bukan tak nak tegur, tapi....

Yang pertama, kitorang ni memang bukan jenis yang suka bercakap banyak2 or duk menyembang petang2 tepi pagar. And memang tak reti nak bersembang...tu Mama la...

Yang kedua, jiran2 pun semuanya sibuk2. Tak salahkan jiran pun. Semua ada rutin and kerja memasing. So, kalau nak bertembung kat luar tu memang susah sangat. 

Yang ketiga, for me... nak keluar jemur baju kat luar pun curi2 masa.. sebabnya?? budak kecik ni susah sangat nak tinggal. Kene tunggu dia tidur. Masa dia tidur tula nak buat semua kerja rumah. Masa tula nk rush buat kerja yang tak boleh buat kalau dia tak tidur. 

So, memang memanjang duk dalam rumah la mama...hahaha....


Saya Minta Maaf Duhai Jiran Tetangga.. Bukan tak nak bertegur sapa. InsyaAllah nanti kalau ada rezeki kitorang wat makan2. Bolehla berkenalan. Lagipun sekarang belum menetap sepenuhnya kat rumah tu selagi urusan ayah tak selesai kat Kemaman tu. InsyaAllah tak lama lagi ayah balik sini dah... :)

Pray for us....Semoga dipermudahkan segalanya...

Tuesday, June 25, 2013

Suki Merajuk Ngan Ayah

Ayah dah seminggu kat Kemaman.. Hari Jumaat haritu ada kenduri kat kerteh. Mama pergi kenduri tu dengan Tokki Bak & Tokma.

Ayah dah tunggu siap2 kat sana. Sampai je sana, ayah hulur tangan nak ambik Suki. Tp dia refuse... Toleh belakang tak nak tengok ayah. Pastu pandang depan tapi tak tengok ayah. Buat2 tak nampak ayah kat depan. Pandai merajuk dah ye!

Lama2 skit, dia pegang kat dada ayah dia.. Ayah nak ambik, baru nak. Suki Suki.... Dah rindu sangat dah dengan ayah lah tu.. Sampai merajuk! ... Love u Suki! Love ayah too!

Wednesday, June 19, 2013

Suki inside & outside..haha....


Nampak tak persamaan di situ? mestila kan..dah gambar orang yang sama kan..haha ;p

Love you sayang mama & ayah... muah3!!~

Thursday, June 13, 2013

Ketupat Sotong


Thursday, June 6, 2013

Comparison?

Memang agak serabut kadang-kadang bila ada yang membandingkan perkembangan anak kita dengan yang lain. Perkembangan setiap baby memang lain2..

Macam Suki sekarang dah 1 tahun 1 bulan tapi masih belum berjalan. Tatih sikit2 boleh la. Kalau ikut family sbelah mama memang setahun lebih baru leh jalan.

Yang jadi kebisingan sebab 2 orang yang sebaya dengan Suki, tapi lebih muda sebulan lebih dah boleh jalan masa 9bulan lagi. Memang nampak sangat la Suki ketingggalan bab tu. Tapi kalau bercakap boleh dah sikit2. Ikut mulut orang. Orang tua kata kalo lambat jalan, mulut ringan. Betul ke tidak tak tahu la kan.

So, moral nya... Bila anak kita dah besar nanti jangan suka nak banding2 kan dia dengan orang lain. Kalau dulu kita tak suka orang banding2kan anak kita, mesti anak kita pun sama. Guna cara lain untuk motivate anak. Bukan dengan cara banding membanding...

Teringat masa kecik2 dulu, ayahku cakap macam ni "Na kalau rajin lagi pandai dari M tu". See, ayat dia. :)

For my reminder ;)

Sunday, May 12, 2013

Kisah Cinta Agung Saidina Ali dan Saidatina Fatimah

Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia.


Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.


”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibandingkan dengan Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para fakir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar seorang saudagar, insyaallah lebih membahagiakan Fatimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.


”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali. ”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.


Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?


Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”


Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”


Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”


Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”


Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”


Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.


Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yang mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”


Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”


“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.


Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.


Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!” Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.


Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”


Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”


“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.” “Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.


Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”


“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu. Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahawa suatu hari,Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”

Kisah Cinta Agung Nabi Muhammad S.A.W dan Aisyah R.A

Suka saya malam ni untuk berkongsi dengan semua pembaca..kisah tentang cinta Rasulullah dengan isteri yang paling dicintainya iaitu Aishah...siapakah Aishah? beliau adalah puteri kepada Saidina Abu Bakar As Sidiq, sahabat Rasulullah...Allah memuliakannya dengan menjadikan beliau salah seorang isteri kepada manusia terbaik di dunia iaitu Muhammad s.a.w.. Aishah menduduki tempat yang istimewa dan agung di hati Rasulullah...apabila ditanya kepada Nabi s.a.w. siapakah orang yang paling dicintai.."Aisyah" jawab Nabi...


Bagaimana hebatnya kisah cinta mereka sebagai suami isteri? Jom kita hayati bersama kisah cinta mereka...

KISAH 1

Satu hari ada sekumpulan kanak-kanak masuk ke dalam masjid untuk bermain perang..lalu Rasulullah bertanya...
"Wahai Humaira..adakah kamu ingin melihat mereka?"
"Ya"..jawab Aishah..


Maka Rasulullah mendukung Aishah dan berdiri di ambang pintu..dagu Aisyah diletakkan pada bahu Rasulullah..wajah Aishah menempel pada pipi Rasulullah..

Setelah agak lama, Rasulullah bertanya..
"Adakah kamu merasa puas?"
"Belum ya Rasul" jawab Aishah...


Maka Rasulullah kembali mendukung Aishah dan selang beberapa ketika, Rasulullah bertanya lagi soalan yang sama..Aisyah masih berikan jawapan yang sama..

Sebenarnya Aisyah tidak tertarik dengan permainan kanak-kanak tadi tapi Aisyah hanya ingin agar kaum wanita dan isteri-isteri Rasulullah yang lain tahu akan keadaan dan kedudukan Aisyah di hati Rasulullah...


KISAH 2
Diriwayatkan oleh Aisyah sendiri..

"Aku tidur si samping Rasulullah..kedua kakiku mengarah ke kiblatnya.Jika Baginda sujud, Baginda menyentuh kakiku..lalu aku menarik kedua kakiku..dan ketika Baginda berdiri aku menjulurkan kakiku kembali.."
KISAH 3
Aisyah r.a bercerita..
"Waktu itu aku sedang haid..aku minum pada sebuah gelas lalu memberikannya kepada Rasulullah..lalu Baginda segera mengambilnya dan meletakkan mulutnya pada bibir gelas tempat aku meletakkan mulutku dan meminumnya.pada hari lain..aku juga sedang haid..aku mengigit daging pada tulang lalu aku berikan kepada Rasulullah...kemudian Baginda meletakkan mulutnya ditempat aku meletakkan mulutku pada tulang tersebut.."
KISAH 4
Aisyah pernah meminta Rasulullah agar berdoa untuk beliau..
"Ya Rasul, doakan lah aku"
Kemudian Rasulullah pun berdoa dengan berkata
"Ya Allah, ampunkanlah dosa Aisyah, baik dosa yang telah lalu mahupun yang akan datang, dosa yang terang mahupun yang tersembunyi.."
Aisyah ketawa gembira mendengar doa Rasulullah lalu Rasulullah bertanya..
"Ya Aisyah, adakah kamu gembira dengan doaku tadi?"
"Sudah tentu..bagaiman mungkin aku tidak bahagia dengan doamu ya Rasul" jawab Aisyah..

KISAH 5
Suatu hari Rasulullah berkata kepada Aisyah..
"Wahai Aisyah, sesungguhnya aku tahu bila kamu gembira dan bila kamu marah padaku.."
Setelah mendengar ucapan Rasulullah, Aisyah bertanya..
"bagaimana kamu boleh tahu?"

Jawab Rasulullah.."Jika kamu gembira, kamu akan berkata..tidak, Demi Tuhan yang mengutus Muhammad. Apabila kamu marah..kamu akan berkata..tidak, demi Tuhan yang mengutus Ibrahim"
Kemudian Aisyah berkata.."Memang benar, ya Rasul. Tapi demi Allah, sesungguhnya aku tidak meninggalkan diri mu wahai Rasulullah kecuali namamu sahaja.."
Meskipun Rasulullah tahu Aisyah sedang marah padanya, namun Baginda tidak membalas dengan memarahi Aisyah semula..tapi dari kata-kata Rasulullah tersebut ada kesan ingin menggoda Aisyah..Baginda ingin segera menghilangkan perkara yang boleh membuat Aisyah marah..
Sebenarnya masih banyak lagi kisah-kisah cinta yang berlaku di dalam rumahtangga Rasulullah dan isteri tercinta, Aisyah r.a..tapi saya tak mampu nak catat kesemuanya di ruangan ini..apa yang saya boleh simpulkan..Nabi s.a.w sentiasa lemah lembut ketika bercakap dengan Aisyah, merasa tenang dan bahagia jika dekat dengannya sehingga Baginda juga mengetahui perkara yang disukai dan dibenci Aisyah..
Moga-moga kita semua dapat mengambil teladan yang baik dan contoh yang baik daripada kisah Nabi junjungan..sentiasa cambahkan perasaan cinta dan kasih sayang dalam rumahtangga agar kekal bahagia hingga akhir hayat...insyaAllah...

#sumber dari buku "Aisyah R.A Isteri Pilihan"-Ahmad bin Salim Badawilan..

Ada Apa Dengan 5 Mei?

5 Mei 2013

Semua rakyat Malaysia mesti tidak akan lupa tarikh ni kan? Of course la our PRU13 yang banyak sangat ceritanya. Sekarang semua keputusan dah ada. Cuma telus atau tak, tak tahu la. 

Ye! Saya dah menjalankan tanggungjawab saya! Tapi ada satu cerita yang tak dapat dilupakan. Nak dijadikan cerita, boleh pulak pagi2 di hari mengundi encik suami call bagitahu IC ada dengan dia. Adoiii!!!

Pagi2 hari bangun tidur baru teringat lesen memandu tak renew lagi. Tapi tak teringat pulak pasal IC. But fortunately my brother in law mengundi di kemaman dan balik terus lepas mengundi. Lebih kurang jam 3 dia sampai KT. Fuhh lega makk...haha.... Bolehlah mengundi. Yeay!!!

One more about 5 MEI?? Besday si anak sayang la. Suki's 1st birthday. Tak dapat nak celebrate. Sori sayang. Ayah kat kemaman. Mama and ayah bagi hadiah kasih sayang je lah..haha...

The next day, cik lang beli kek for Suki. (Orang lain yang lebih2 makan. Suki mana boleh makan. Tapi bagi jugak secubit.hehe...)


Bisikan Sirr (Sajak 7)

Ya Allah!
Kenapakah hati ini begitu keras untuk mengingatiMu?
Mungkinkah jiwaku sudah penuh dengan kekotoran?
Setiap hari aku solat, membaca al-Quran tetapi aku tidak dapat merasai kenikmatan,
Bagaimanakah akan aku tempuhi hidup ini?
Adakah jiwa ini akan dapat Engkau terima?

Ya Allah!
Janganlah Engkau tinggalkan aku,
Janganlah Engkau biarkan jiwa ini ternoda dengan kemaksiatan,
Apalah diri ini tanpa Mu,
Aku begitu lemah untuk mengharungi,
Gelombang dunia ini..

Ya Allah!
Kasihanilah jiwaku yang kerdil ini,
Aku sangat mengharapkan pimpinanMu,
Aku sangat merindui belaianMu,
Bantulah aku, Ya Allah!
Bantulah aku, Ya Rabbi!
Lemparkanlah cahayaMu kedalam jiwaku…

Ya Allah!
Apalah erti kehidupan ini tanma kehadiran Mu,
Apalah guna segala yang kumiliki tanpa rahmatMu?

Ya Allah!
Berikanlah petunjukMu kepadaku,
Aku tahu bahawa petunjukMu adalah mahal dan perluku bayar,
Aku redha, Ya Allah…
Engkau ambillah apa yang aku miliki,
Tetapi campaklah Nur Mu ke dalam jiwa ini…

Ya Allah!
Aku malu untuk berhadapan denganMu,
Aku begitu kotor dan jijik,
Riya', tamak, sombong, dengki telah membelengu hidupku,
Jiwaku lemas…

Setiap kali cuba mengingatiMu,
Setiap kali juga jiwaku menghalang,
Fikiranku berkecamuk,
Ya Allah dimanakah cahayaMu?

Ya Allah!
Hanya pada Engkau tempatku mengadu,
Hanya kepadaMu tempat aku mencurahkan perasaanku,
Kerana aku tahu hanya Engkau yang dapat membimbing,
Jiwaku yang kerdil ini…

Maka bimbinglah aku Ya Allah,
Pimpinlah aku, pmpinlah aku,
Pimpinlah akuuuu…Ya Allah!

Bisikan Sirr (m/s 73-76)
Tuan Guru Haji Ibrahim Mohamad Pulau Manis

Our Little Suki

Our little lovely princess, Rayhan Sukainah.

Macam mana boleh jadi Suki? Tok ki bak kata sepatutnya Sukai la. Cam pelik pulak Sukai kan.haha...
That's her nickname. SUKI SUKI SUKI...

Siapa yang bagi nama? Mestilah ayah & mama dia. Tapi ayah la kot penyumbang nama no. 1.hehe...
Sebutan arab yang sebetulnya Royhan Sukainah...

Maksud nama Rayhan= Bunga syurga, tumbuhan yg harum ,wangi, harum; aroma, buah yang baunya wangi
Sukainah (Sama dengan sakinah just baris je lain) = Tenang, tenteram


Tadaa! Introduce you our Suki...

The steps...

12/4/10
The story begins....

26/6/10
Engagement...

11/6/11
Wedding...

5/5/12
Suki was born...

Bisikan Sirr (Sajak 5)

Wahai Tuhanku
aku cuba mencintaiMu
tapi tak terasa juga
aku cuba berkali-kali pun tidak terasa apa-apa
aku fikir-fikir segala nikmatMu
aku kenang-kenang rahmatmu
aku nampak kemurahanMu
atas nama Tuhan aku akur...

Namun aku belum jatuh hati juga padaMu
aku susah hati
aku selalu sedih
mengapa terjadi begitu?
mengapa cintaku padaMu belum berbunga lagi?
sedang aku tahu
aku akui nikmatMu terlalu banyak padaku
jika hendak dihitung, tak mungkin terhitung

Aku iri hati selalu
cerita dan berita orang soleh zaman dahulu
hebatnya cinta mereka kepadaMu
hilang selera makan keranaMu
asyik memuja dan memujiMu
mensuci dan membesarkanMu
terutama di waktu malam yang sepi
di waktu orang mimpi
mereka merintih kepadaMu

mengharap kasih sayangMu
air mata mereka membasahi pipi
merasa Engkau adalah segala-galanya

Engkau adalah jantung hati mereka
tapi aku tidak begitu
aduh! kerasnya hatiku
hingga kini aku belumboleh mencintai kekasih agungku
baru aku sedar taufiq, hidayah dan inayahMu

Bahagia dan bertuahlah mereka yang
dikurniakan kecintaan kepadaMu
aku bila lagikah Tuhan?
dapat sedikit pun jadilah

Namun...
aku tidak akan putus asa
akan ku cuba lagi selagi ada nyawa walau
di hujung nafas yang bakal tiba...

Bisikan Sirr (m/s 68-70)
Tuan Guru Haji Ibrahim Mohamad Pulau Manis