Sunday, August 21, 2016

Kad kahwin diy

Baru2 ni ada request dari abang ipar untuk buat kad kahwin anak dia. Sebabnya masa saya kahwin dulu saya buat sendiri kad kahwin for reduce the cost.

Atceli kalo design tu kaler2, and kertas kad susah jugak nak 'reduce cost' tu. or mungkin kat Terengganu ni susah nak dapat harga print laser kaler yang murah kot. 

Sambung cerita design ni, sebenarnya malas dah nak main photoshop ni. Sebab memang tak jadik kerja lain kalau dah fokus kat dia. Disebabkan orang dah mintak tolong kan, jadi kita tolong lah.hehe.. As agreed, saya kata boleh nak buat, tapi guna design sama je lah. Dia pun setuju, jadi kita on kerja2 mengedit maklumat jelah.

Tadaa... Kat bawah ni hasilnya. Design simple je sebab bukan reti sangat pun main psd ni plus tak kretip sangat pun 😅



Mula2 nak guna kertas 160gsm. Tapi tuk guna kertas ni, kena mesin laser. Kos agak mahal. Nati saya letak harga dia. Saya tak tanya banyak sangat kedai sebab masa limit sangat, baby tak sihat masa buat tu n banyak kerja lain nak setel.

Ni kos sepatutnya saya boleh dapat for 400pcs kad (satu A4 dapat 2 kad)

Kertas 120gsm : RM 9/100helai x 2 = RM 18
Copy biasa : 4 sen satu muka = 8 sen satu helai front back = RM 0.08 x 200 = RM 16
Total = RM 34

Harga saya dapat RM 60 sebab guna kertas kedai dia. Sebab kejar masa tak sempat survey kertas semua. Tapi RM 60  dah kira murah la. Satu kad cost about 15 sen. Tapi kertas nipis sikit. Biase kad 160gsm baru cantik. And print laser lagila cantik. Ni pun kira ok lah boleh save cost sangat2.

Ni harga2 lain yang sempat survey haritu.

Kertas 160gsm = RM 20/ 100 helai
Fotostat laser black = RM 0.30 satu muka untuk kertas 160gsm

And kedai tu cakap kalau kertas 160 tak boleh print biasa takut dakwat tak lekat. Sebab tu lah guna kertas nipis sikit, 120gsm. Tapi tak guna laser sebab nak save cost sangat2.

Tu je lah dapat kongsi. Dah lama sangat tak menulis ni. 😖

No comments: