Engagement

Daisypath Anniversary tickers

Officially Engaged: 26 Jun 2010 bersamaan 13 Rejab 1431 

Alhamdulillah.. Lafaz syukur kepada yang Esa kerana dapat menyempurnakan majlis pertunangan kami ini dengan jayanya. Pada hari ini, usia pertunagan kami berusia lebih kurang 6 bulan lebih. Bagaikan baru semalam merasakan kemeriahan majlis dan perasaan teruja melangsungkan pertunangan tersebut.

Pada asalnya, majlis ini ingin diadakan pada hari Jumaat tetapi atas sebab-sebab tertentu terpaksa ditunda pada hari Sabtu. But it still in Rejab right? Bulan yang mulia.

Peach adalah warna tema yang dipilih. Memilih warna tema agak memeningkan. Lastly, warna peach dipilih atas kesesuaian baju denganku (in matter of size and what so ever lah!) Cantik juga warna peach kan? hehe.. Set pertunangan ini ditempah daripada Cik Ra (dia takde butik, bisnes kat rumah je). Reason ambil dengan dia; sebab kenalan, boleh dapat harga sedara mara skit :D (badget lorh). Boleh dikatakan semuanya tempah dengan dia.

Pelamin pertunangan kami. Agak old-fashion eh? tapi bertunang je kan. Ok lah tu.hehe...

Pelamin pertunangan Farhana & Syukram

Ini pula set hantaran sebanyak 5 dulang dari pihak lelaki dan 7 dulang dari pihak perempuan. Hantaran pihak perempuan ni pun ditempah daripada Cik ra. Tangan keras camni mana lah reti nak menggubah kan. Hantaran pihak lelaki pula, home made oke!. Dibuat oleh Mok dan kroninya ;)


Hantaran Pihak Lelaki

Hantaran Pihak Perempuan

Tanda ikatan pertunangan, macam biasa lah. CINCIN. Cincin ku kecil molek je. Sesuai lah dengan jariku yang tak berapa nak besar ni. Simple but nice (ayat cliche). Tapi di mana cincin untuk lelaki? Alkisahnya begini........

Kebiasaan orang dulu-dulu, cincin pertunangan disediakan untuk perempuan sahaja (family ku kan orang dulu2.ngeh3~). Akan tetapi, pada zaman moden serba canggih ni, cincin untuk lelaki juga disediakan. Disebabkan ku terfikirkan ayahku semestinya tidak mahu menyediakan cincin untuk lelaki, maka aku tidak mengutarakan hal tersebut. Alkisahnya, pada malam sebelum berlangsungya hari pertunangan, tiba-tiba ayahku bertanyakan " Cincin hok laki, Na dok beli?" (Aik, esok dah majlis baru tanya ka?adusss.gawat nih~) Maka ayahku pun mengeluarkan kesemua cincinnya yang besar gedabak. Ada 2, 3 je yang kecik. Dia dah offer pilih nak yang mana. Tapi tak jadi lah ambil. Akhirnya, tiadalah cincin untukmu wahai sayangku, SMI.hehe... ;D

Cincin tersarung di jari manisku

Oke, gelang tu perhiasan je.hehe...

Perasaan semasa nak disarungkan cincin? Perasaan menjadi watak utama dalam majlis ni? Cewah~ watak utama gitu. Ramai yang cakap muka macam takut-takut, masam je kan. But to be honest, perasaan masa nak present FYP dulu lagi gerun dan gemuruh. Ntah la kenapa muka jadi macam tu. Agaknya muka dah  memang macam tak ada perasaan and macam nak makan orang je kan.hehe....

Haa...See! Ini la buktinya rupa muka yang masam tu (gambar telah di'remove'). Masam bukan bererti tidak gembira. Dalam hati Tuhan je yang tahu. Rasa nak lompat-lompat sampai kena siling. Dan tengok cara berjalan pun, isk isk isk. Tak reti nak sopan sikit ke? Yang ku tahu nak duduk kan depan tu haa. Jalan laju-laju, cepat sikit sampai kat depan tu kan? hahaha..

*Credit to Kak Nany

Antara gambar-gambar semasa kat pelamin bertunang (sarung cincin, sarung cincin closed up, salam cium-cium pipi dan bacaan doa).

SMI dengan bakal mertua ;)

To mention, memang tak ada gambar kami berdua bersama. Al-maklum sendrilah kenapa yer ;) Disebabkan itu, ayahku menjemput SMI untuk naik ke atas (rumah 1 1/2 tingkat, atas perempuan, bawah lelaki) untuk memperkenalkannya kepada saudara mara terdekat. Ok what. Ramai yang belum kenal. So, habis majlis tak adalah yang bising-bising tanya yang mana satu....pilihan kalbu...(kan dah nyanyi). This is surprise. Tak tahu pula kan ayahku akan buat macam ni. Masa akak ku tak pula. Kesian SMI, mesti terkejut kan ;p Jangan kata tak la, NFG pun terkejut amat, "betul ke ni?betul ke ni?".


Majlis yang bermula lebih kurang pada pukul 4.30 pm, berakhir pada pukul 6.30 pm. Alhamdulillah, semuanya selamat. Di bawah disertakan gambar-gambar mengada-ngada dan tak mengada-ngada. ;p

Ala-ala arabian la konon?

Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini; yang tolong hidang, yang cuci pinggan, yang buat kerja-kerja am, yang hadir, yang tolong ambil gambar, yang tolong tengok pun, yang tolong jadi pengerusi majlis dan semua lah!

Semoga hubungan kami kekal hingga ke jinjang pelamin. Semoga kami sabar menunggu hari yang dinanti-nanti dan tabah menghadapi dugaan & cabaran sebelum dan selepas berumah tangga. Dan semoga hidup kami, keluarga kami, sahabat-sahabat kami sentiasa dalam keredhaan-Nya. InsyaAllah. Amin....