Thursday, January 2, 2020


He: Syukram Mohd Idris [SMI]

She: Nurul Farhana Muhamad Ghazali [NFG]


~This blog is all about SMI & NFG~

"Meeting you was fate, becoming your friend was a choice, but falling in love with you was beyond my control."

Note: Tujuan blog ini adalah untuk mengingati moments penting antara kami. Bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi hanya sekadar ingin berkongsi. Dan mungkin boleh dibaca oleh anak cucu cicit kami nanti.ngeh3~ InsyaAllah.... (saya baru belajar menulis ;p)

\(^_~)/

....Thanks for visiting here....

P/S: Kalau suka baca sila stay, kalau tak suka baca sila undur diri dari blog ini :)


Sunday, August 21, 2016

Kad kahwin diy

Baru2 ni ada request dari abang ipar untuk buat kad kahwin anak dia. Sebabnya masa saya kahwin dulu saya buat sendiri kad kahwin for reduce the cost.

Atceli kalo design tu kaler2, and kertas kad susah jugak nak 'reduce cost' tu. or mungkin kat Terengganu ni susah nak dapat harga print laser kaler yang murah kot. 

Sambung cerita design ni, sebenarnya malas dah nak main photoshop ni. Sebab memang tak jadik kerja lain kalau dah fokus kat dia. Disebabkan orang dah mintak tolong kan, jadi kita tolong lah.hehe.. As agreed, saya kata boleh nak buat, tapi guna design sama je lah. Dia pun setuju, jadi kita on kerja2 mengedit maklumat jelah.

Tadaa... Kat bawah ni hasilnya. Design simple je sebab bukan reti sangat pun main psd ni plus tak kretip sangat pun 😅



Mula2 nak guna kertas 160gsm. Tapi tuk guna kertas ni, kena mesin laser. Kos agak mahal. Nati saya letak harga dia. Saya tak tanya banyak sangat kedai sebab masa limit sangat, baby tak sihat masa buat tu n banyak kerja lain nak setel.

Ni kos sepatutnya saya boleh dapat for 400pcs kad (satu A4 dapat 2 kad)

Kertas 120gsm : RM 9/100helai x 2 = RM 18
Copy biasa : 4 sen satu muka = 8 sen satu helai front back = RM 0.08 x 200 = RM 16
Total = RM 34

Harga saya dapat RM 60 sebab guna kertas kedai dia. Sebab kejar masa tak sempat survey kertas semua. Tapi RM 60  dah kira murah la. Satu kad cost about 15 sen. Tapi kertas nipis sikit. Biase kad 160gsm baru cantik. And print laser lagila cantik. Ni pun kira ok lah boleh save cost sangat2.

Ni harga2 lain yang sempat survey haritu.

Kertas 160gsm = RM 20/ 100 helai
Fotostat laser black = RM 0.30 satu muka untuk kertas 160gsm

And kedai tu cakap kalau kertas 160 tak boleh print biasa takut dakwat tak lekat. Sebab tu lah guna kertas nipis sikit, 120gsm. Tapi tak guna laser sebab nak save cost sangat2.

Tu je lah dapat kongsi. Dah lama sangat tak menulis ni. 😖

Tuesday, August 2, 2016

Resepi Kek Pisang

Simpan resepi sini supaya tak hilang. 










Friday, May 20, 2016

Suki Dah Sekolah!!

Alhamdulillah, pada 1/2/2016 Suki dah start school. Pasti Matlain Badrien. Suki masuk school lewat sebulan atas sebab2 tertentu.

Kalau tengok pada gambar sebelah pagi, macam ok takde pape dah kan.








Sampai sekolah je berkepit dengan mama. Mama kena tunggu kejap then tinggal senyap2. Meraung satu kampung dengar. Heheh.. Tapi tu masa 2 minggu pertama je. Sekarang Suki dah bagus. Dah rajin gi sekolah. Cuma bangun pagi liat sikit. Kalau dulu sebut nama je terus bangun.

4 tahun dah sekolah ye anak mama ni. Mama nak suruh Suki berkawan je. Belajar sambil main2. Dan ade sebab lain kenapa mama n ayah hantar Suki skul awal 😉 Love you baby, muah!

Friday, March 25, 2016

Resepi Pancake Sedap


Dah try resepi ni. Sedap. Gebu je. Tapi dah terdelete lak gambar. Adunan ni dapat sikit je. Kalo nak banyak, gandakan gandakan. 😉

Thursday, March 24, 2016

Pengalaman Bersalin My First Princess

Suki was in breech position. So, saya telah diwarded untuk pemerhatian selama 3 hari di Hospital Kemaman untuk melihat samada boleh buat ecv or not. After 3 days, doktor bagitahu air ketuban ok, so boleh try buat ecv tapi saya request buat di K.Terengganu. Reasonnya, if there is any emergency, they will do emergency operation. So, disebabkan saya nak berpantang di sana, maka buat ecv di sana lah..


Stay kat hospital Kemaman sampai hari Khamis. Doktor suruh check in di HSNZ hari ahad as cuti umum. Saya cakap kat en suami, cam mana pun hari jumaat kena balik KT dah sebab rasa tak sedap hati sangat. Dah siap packing2 semua, bertolak balik ke KT hari jumaat tu. Sampai sana dalam pukul 10-11 mlm.


Satu tabiat kitorang kalau balik KT, suka keluar tengah2 malam cari makanan. Dalam pukul 12 lebih kitorang keluar beli burger. Balik rumah makan la burger yang sedap tu..nyum3... Lepas tu tidur....kroh kroh kroh......


Dalam pukul 4 pagi, saya bangun kke toilet. Then keluar lendir campur darah skit. Saya tau itu tanda2 nak bersalin. Tapi biasanya lambat lagi nak keluar baby tu. Saya pun kejut en suami, saya cakap " lambat lagi kan" Dia pun sambung tidur balik. Tapi saya dah tak sedap hati terus kemas barang2 untuk ke hospital. Tak sempat kemas lagi as sampai KT lewat sangat. Silap tak asing awal2 dari rumah.


Tengah2 kemas, tetiba air ketubanku pecah. Mak aihh...terkejut den.. Banyak pulak tu. Terus jerit panggil en suami. Dia pun bangun kelam kabut. Then ketuk pintu bilik ma. Ma suruh pergi dulu. Kalo tunggu dia lambat pulak. Sampai hospital, dia check jalan dah buka 2-3cm. Tapi disebabkan breech, doktor nasihatkan untuk lahirkan secara operation. Memang dah ready awal2 lagi. So kami redha dan terima. Tak mahu ambil risiko bersalin normal. Bahaya sebab baby songsang kan.


Masa tengah check, doc tanya last makan pukul berapa. Saya cakaplah pukul 2. Diorang gelak. Makan apa tengah2 malam. Sebab nak operation, perut kene kosong at least 5-6 jam. Selesai check up, saya duk dalam wad dulu sebab OT dah penuh. Sementara menunggu untuk dibedah, diorang pasang CTG kat perut. Dah la tengah sakit contraction. Sempat la rasa sakit contraction jugak walaupun bersalin operate.


Dalam pukul 8.00, nurse2 datang nak bawa masuk OT. En suami pun tolak skali. Mula2 dah set dah jangan nangis, jangan nangis. Bila tengok muka cik abang sayang, terus laju keluar air mata. Dah macam air sungai mengalir lajuuu..haha.... Sakit contraction tu memang sakit sangat, tapi boleh tahan dan tak nangis pun. Tapi nangis sebab lain..haha... jiwa halus nak wat cam mana ;p. Masa tu macam2 fikir. Takut...kalau tak dapat jumpa lagi macam mana:(


Dalam setengah jam perutku di godek2. 15 minit pertama keluar lah anakanda tersayang. Dengar suara dia nangis. Rasa happy sangat tak tahu nak cakap cam mana. Masa tu tak fikir dah perut belum siap jahit pun lagi. Nurse ambik baby gi belakang, bersih2 then bagi saya tengok. Dia tanya boboy ke gegirl. Saya cakap gegirl (padahal dah tau dah sebab dah scan.hehe).. Saya cakap "nak tengok muka dia". Nurse dekatkan muka dia kat muka saya. Sempat cium dahi dia..Best sangat saat tu..


dah selesai semua, dapatlah jumpa en suami balik, saya tanya dia "dah tengok baby kita?comel?" dia jawab " comel, ma sampai cakap nape comel sangat ni..." (yelah mak ayah dia kan 'putih' ahhaha)



Thursday, February 18, 2016

Resepi Brownies

Resepi ni ambil dari facebook. Resepi yang duk viral tu.


Ni sebelum bakar. Potong petak2 je coklat masal sebab tak jumpa coklat button.


Tadaa.. Dah masak dah.. 



Potong petak kekonon cantik 😝.