Saturday, November 9, 2013

Kerana Mulut Badan Binasa

Betul kata orang tua, "kerana mulut badan binasa". Jaga apa yang ingin dituturkan. Mungkin kita hanya ingin bergurau. Tapi mungkin bagi orang lain, itu adalah hinaan baginya. Jadi hati-hati dalam berbicara.

Cuba berfikir dari sudut 'lawan' kita. Ambil balik ayat-ayat yang kita lemparkan pada seseorang tu, dan bayangkan ada orang lain katakan perkara yang sama kepada kita. Agak-agak apa perasaan kita. Fikir-fikir.

Mula-mula aku berfikiran orang yang cakap lepas ni, dia tak kisah kalau orang pun cakap lepas gaya dia bercakap. Rupa-rupanya dia lagi terlebih rasa. Ini berdasarkan pengalaman. Dan bukan seorang. 

Ini bukan nak mengata. Cuma ingin meluahkan apa yang dirasa. Juga untuk ingatan sendiri. Bukannya diri sendiri tak pernah buat kesilapan ni. Tapi jalan terbaik bila kita dah sedar kita buat salah adalah dengan minta maaf dan memaafkan. Supaya hidup kita lebih tenang dan dalam keredhaanNya.

Pada En. Suami pun, kadang-kadang terkasar bahasa. Bila mood swing, bila letih buat kerja sorang2 walaupun tu memang kerja hari2 tapi tiba2 hari tu je rasa nak marah orang tak tolong..haha... I'M SORRY.

TAPI INGAT! Kalaupun bergaduh, jangan sampai memutuskan silaturrahim. Mungkin hubungan makin renggang tapi jangan sampai itu (memutuskan silaturrahim). 

#For my reminder

No comments: