"Hemangioma adalah suatu tumor rangkaian perisian yang sering terjadi pada bayi yang baru lahir dan pada anak berusia kurang dari 1 satu tahun (5-10%). Biasanya Hemangioma sudah nampak sejak bayi dilahirkan (30%) atau muncul selepas beberapa minggu selepas kelahiran (70%). Hemangioma muncul di setiap tempat pada permukaan tubuh, seperti: kepala, leher, muka, kaki atau dada. Umumnya hemangioma tidak membahayakan kerana sebahagian besar kes hemangioma boleh hilang selepas kelahiran."
Harini nak bercerita pasal Hemangioma. Hemangioma ni banyak jenis. Suki punya Strawberry Hemangioma. Sebelum ni tak pernah tulis pasal ni. Hari ni tetiba rasa nak tulis plak. Masa baru lahir Suki takde lagi SH ni. Ni haa gambar newborn dia.
Suki first day |
Alahai putih bersih. Takde lagi tanda-tanda SH tu. Bila start nampak? Masa umur dia 2 minggu baru keluar. Mula-mula SH tu just macam titik je. Ada 2 titik. Alah macam titik dengan pen merah. Ingatkan kena gigit nyamuk je. Tapi lepas sehari kesehari tanda tu tak hilang-hilang jugak. Dah start risau dah skit ni. Makin lama makin besar. Mane tak risau. Gegirl plak tu.
Bertambah bulan, tanda tu makin besar. Masa Suki berapa bulan tak ingat dah, refer doktor sebab tanda tu. Then doktor tu explain la sikit2 pasal SH ni. Orang tua panggil tanda breme.. Eja camane tah.
Then dari research sendiri:
SH tu apa? Tanda ni sebenarnya sel darah yang ada kat permukaan kulit. Tu yang nampak merah. Sepatut sel darah kat dalam lah kan. Secara ringkasnya. Kalau salah, pls correct me.
Bahaya ke tak? SH tak membahayakan melainkan kalau ia berada berhampiran mata hidung ke mulut ke. Dari pembacaan juga, ada ibu-ibu yang bagitahu SH ni boleh pecah dan berdarah kalau terluka. So, kalau SH kat dahi kena jaga sikit la rasanya sebab senang terhantuk. Ada jugak ibu-ibu yang bagitahu tanda ni makin merah kalau anak mereka sakit i.e demam.
Macam mana nak rawat @ buang? Ada cara ubatan tradisional boleh alihkan ke tempat lain. Tapi tak minat la menda2 macam ni. Cara perubatan moden pula, satu-satunya cara adalah rawatan laser. For me, biarkan macam tu je. Sebab setakat ni tak membahayakan dia dan takde la besar sangat tanda tu kat Suki.
Kalau tak buat rawatan boleh hilang ke? InsyaAllah boleh hilang. Bergantung jugak. Bukan kerja kita kan. Ramai jugak yang claim tanda anak mereka hilang bila mereka besar. Mungkin sebab bila makin besar, kulit meregang dan tanda tu semakin rata. Macam Suki, tanda tu dah berhenti membesar setakat ni. Alhamdulillah. Ramai jugak yang tegur nampak makin pudar tanda tu.
Tak kesian ke bila dia besar nanti? Ini tugas mummies la. Jangan buat dia rasa rendah diri dengan tanda tu. Sebaliknya biar dia rasa itu satu kelebihan atau menda tu adalah normal. Ala macam orang ada tahi lalat la. hehe... Tapi yang ni warna pink merah. Lagi cantik.. :D
So, mummies yang anak korang ada tanda hemangioma ni, no big worries hokey. Just kalau tanda tu makin membesar tak berhenti2 or ada kat bahagian mata ke baru boleh risau. Tu pun ada rawatan dia. Cepat2 refer pakar ok.
Jom layan gambar2 Suki.
Tanda baru timbul macam titik pen. |
Tanda makin jelas |
Sebulan 8 hari |
2 bulan 15 hari |
Raya tahun lepas. Lebih kurang setahun 2 bulan. (anak dare sorang ni memang terlebih ganas skit) |
Setahun setengah |
2 tahun lebih |
Latest one. 2 tahun 3 bulan |