Tuesday, April 15, 2014

Mari Berkenalan Dengan 'Majlis Cinta Rasul'

MAJLIS CINTA RASUL

Tahukah anda majlis apakah ini? Pernahkah anda menghadiri majlis2 sebegini?

Di sini ingin saya perkatakan sedikit tentang majlis ini.

Permulaan majlis biasanya dialunkan Bacaan Qasidah oleh kumpulan jemputan yang berkenaan seperti Soutul Muhibbin dan Anak Warisan Kasih.

Kemudian, di pertengahan majlis pula diberikan tausiyah daripada Tuan2 Guru atau Habaib2. Contohnya Ku Syed Shuhaimi Al-Idrus, Baba Suplar, Abi Khairul Ribath Tok Limbong, Ustaz Mustaffa Kamal dll.

Tausiyah yang diberikan adalah mengenai kecintaan kita kepada Rasul saw dan automatiknya kepada pencipta kita Allah swt. Tanpa cinta kepada Nabi Muhammad saw, apalah kita. Salah satu cara kita mencintai Baginda saw adalah dengan berselawat dan memuji Baginda saw. Bait2 Qasidah juga ada menceritakan tinggi dan terpujinya akhlak Nabi saw, sirah2 perjalanan hidup Nabi saw, syair2 yang menyatakan kerinduan kepada Baginda saw dan banyak lagi.

Kemudian majlis diteruskan lagi dengan Bacaan Qasidah. Dan perlu difahamkan juga, ia bukanlah persembahan semata. Akan tetapi mereka yang menghadiri majlis juga bersama2 mengalunkannya.

Akhirnya, Mahallul Qiyam @ Selawat Berdiri dibacakan sebagai tanda penutup majlis.

Jadi, semua kandungan majlis adalah perkara yang baik2. Tiada menghukum dan mengata orang. Tiada menghasut dan bersangka buruk pada orang. Tiada gelak tawa berlebihan yang membawa kepada kerasnya hati. Yang ada cumalah memupuk RASA CINTA KEPADA NABI MUHAMMAD SAW.

Hadirkanlah diri ke majlis2 sebegini, maka akan rasa cinta sebelum menghakimi. ;)

Saturday, April 5, 2014

Mahar Nabi Adam A.S

Rasa macam jahil sangat sampai cerita ni pun tak tau.

Ritu masa gi Majlis Cinta Rasul, TG bagi tausiyah tentang besarnya Selawat.

Tahukah anda apakah mahar Nabi Adam A.S untuk menikahi Hawa?

Mungkin ramai yang dah tahu.

Masa nabi Adam as teringin nak kawen dengan Hawa, Allah swt mensyaratkan kalau nak kawen mesti ade maharnya.

Nabi Adam as bertanya "apakah maharnya?"

Maka maharnya adalah BERSELAWAT KE ATAS BAGINDA RASULULLAH SAW" sebanyak 3 kali dan ada riwayat kata 20 kali.

Maka halallah Hawa kepada nabi Adam as.

Makanya, nampak tak betapa besarnya kepentingan selawat?

Kerana selawatlah kita ada pada hari ini.

Jadi, nak selawat atau tak kita? Kalau kita taknak selawat, kita nak marahkan orang yang berselawat?

Berselawatlah.. Menunjukkan rasa cinta dan rindu kita kepada Rasulullah saw.

Tuesday, April 1, 2014

Belajar Mengira

Suki dah pandai mengira 1 - 10.

Tapi still pelat la.

At 1 tahun 11 bulan :)