Monday, December 30, 2013
Tuesday, December 24, 2013
Wednesday, December 18, 2013
Syurga di Bawah Tapak Kaki Ibu
Menjaga 0rang tua sememangnya sesuatu yang mencabar.
Andai kata suatu hari aku ditakdirkan untuk menjaga 0rang tua ku seperti dia pernah menjagaku ketika aku kecil, aku m0h0n padamu Ya Allah agar diberikan kekuatan dan kesabaran yang tinggi.
Jangan sampai aku mengeluh letih.. Jangan sampai aku meninggi suara padanya. Jangan sampai aku mengabaikan makan pakai nya. Allah... Sangat susah.
Memang kadang-kadang kerenah 0rang tua macam-macam. Kita masa kecil pun begitu. Mengamuk. Ini tak mahu, itu tak mahu. Dah bagi yang di mintak, mengamuk lagi. Bila sakit, minta di belai2, mak bersengkang mata menjaga. Tak b0leh renggang. Diberi makan, selerak satu rumah. Disuruh mandi, liat sekali. Kan...
Kalau mak bleh bersabar dengan kerenah anak2nya, kenapa tidak anaknya.
Aku sangat-sangat kagum pada yang dapat jaga mak ayah dia tanpa mengeluh sikit pun.
Ku m0h0n padaMu agar aku juga dari g0l0ngan itu. Amin...
N0te: Keypad huruf '0' r0sak... Ad0ii... Terpaksa guna 0 (k0s0ng)
Andai kata suatu hari aku ditakdirkan untuk menjaga 0rang tua ku seperti dia pernah menjagaku ketika aku kecil, aku m0h0n padamu Ya Allah agar diberikan kekuatan dan kesabaran yang tinggi.
Jangan sampai aku mengeluh letih.. Jangan sampai aku meninggi suara padanya. Jangan sampai aku mengabaikan makan pakai nya. Allah... Sangat susah.
Memang kadang-kadang kerenah 0rang tua macam-macam. Kita masa kecil pun begitu. Mengamuk. Ini tak mahu, itu tak mahu. Dah bagi yang di mintak, mengamuk lagi. Bila sakit, minta di belai2, mak bersengkang mata menjaga. Tak b0leh renggang. Diberi makan, selerak satu rumah. Disuruh mandi, liat sekali. Kan...
Kalau mak bleh bersabar dengan kerenah anak2nya, kenapa tidak anaknya.
Aku sangat-sangat kagum pada yang dapat jaga mak ayah dia tanpa mengeluh sikit pun.
Ku m0h0n padaMu agar aku juga dari g0l0ngan itu. Amin...
N0te: Keypad huruf '0' r0sak... Ad0ii... Terpaksa guna 0 (k0s0ng)
Kerjaku
Kerja yang dulu bukan macam sekarang,
Dulu kerja pakai otak sekarang pakai kudrat,
Dulu dulu dulu ku pening kepala,
Sekarang ku bahagia.
Cita-cita ku nak jadi enginia,
Tapi kerja kat rumah pun ok juga,
Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa,
Menetap yang terbaik untuk hambaNya.
Kerjaku dulunya seorang assistant,
Keluar pagi pulangnya dekat malam,
Pulang kerja ambil Sukainah sayang,
Sampai rumah, masak makan malam.
Sekarang hari-hari berada di rumah,
Suka hati dapat main dengan Sukainah,
Hati pun tak selalu gundah,
Di sisiku selalu adanya Ayah (Abang Cayang)
Alhamdulillah... J
Thursday, December 12, 2013
Thursday, December 5, 2013
Tragedi Banjir Kemaman 2013
Tragedi banjir Kemaman 2012 berulang kembali pada 2013. Tetapi lebih buruk dari tahun lepas
.
.
3 December 2013
11.00 pm: Sah (abang ipar) whatsapp bagitahu sedang simpan2 apa yang patut di rumah Mok di Kg. Jaya. Semua barang di dapur angkat bawa naik atas.
4 December 2013
12.30 am: Mok dan keluarga Yo (abang ipar) berpindah ke rumah Sah. (Pusat Pemindahan Jakar) manakala Yak (abang ipar) berpindah ke rumah Kamal.
01.45 am: Dapat berita daripada Ima (ex-officemate), Nia (ex-officemate jgk) terperangkap dalam rumahnya di Bandar Baru Bukit Mentok. Dia bersama ayahnya yang lepas operate dan uminya. Air dah paras peha ke atas. Saya cuba mintak tolong dan bagi no. yang patut dihubungi. Katanya dia sudah telefon Bomba pada pukul 12.00am. Tak dapat tidur fikirkan Nia. Dengan blackoutnya.
07.30 am: Baru dapat berita Nia dah selamat dipindahkan. Polis yang datang ambil lebih kurang pukul 6.00 am. Ya Allah lewatnya bantuan. Tapi Alhaumdulillah selamat.
09.00 am: Air di kawasan rumah Sah semakin naik.
10.00 am: Mang (sepupu Yang) dan keluarga berpindah ke surau Mok Dayang.
01.30 pm: Semua di pusat perpindahan Jakar terpaksa berpindah ke Klinik Pergigian Azlan di Yellow Town (Klinik Sah) berikutan air semakin tinggi di Jakar.
03.30 pm: Dapat khabar dari Mang, keluarganya terpaksa berpindah lagi berikutan air semakin naik di Kampung Mak Dayang. Salah satu kawasan yang tinggi di Kemaman. Mang berpindah ke Kijal rumah Pok Mang. Naim (abang ipar) yang tinggal di Kg. Mak Dayang berpindah ke Klinik Sah.
Manakala kami di K.Terengganu bersiap-siap untuk ke Kemaman. Saya duk rumah Ma je. Cik abang je pergi ke Kemaman. Tak senang duduk dia. Kalau saya pergi,buat tambah beban je. Dengan Suki lagi.
04.30 pm: Pergi Nirwana beli sedikit keperluan untuk keluarga di Kemaman. Mula-mula nak pergi dengan Myvi je sebab Pokpir (adikku) nak guna frontier untuk kerja hari2 dia. Then lepas berbincang dengan ayahku, dia bagi Yang guna Frontier. :)
05.00 pm: Yang bertolak ke Kemaman.
09.00 pm. Yang sampai di Kijal. Singgah dekat Mang. Ajak Mang teman gi Kemaman.
10.30 pm: Yang tiba di klinik. Air dilaporkan semakin naik. Malam tu, Yang ronda2 di sekitar Kemaman dan kemudian tidur di Kijal. Caj jap.
5 December 2013
08.00 am: Yang dan Mang bersiap sedia untuk membeli barang keperluan di TMC. Menambah apa yang kurang. Terutama bekalan air bersih. Pukul 10.00 pasaraya baru buka. Orang dah ramai kat luar. 4 troli!
Jambatan Limbong berdekatan TNB runtuh. Satu-satunya jalan untuk masuk bandar dan ke Geliga sebab jalan satu lagi dah penuh air. Line maxis dah takde. Tak dapat berhubung dengan tersayang. :(
05.00 pm: Dapat mesej dari Yang, guna no. Fadhil update keadaan kat sana. Lepas tu, rehat je.
09.00 pm: Yang ke Kertih cari line. Then beli no. Digi coz Digi je ada line kat bandar.
6 December 2013
Semua geng2 laki pergi jenguk rumah. Paling teruk rumah Yo dan Yap. Nampak bumbung je kot semalam. Harini rumah Yo sampai dada. Then rumah Mok. Rumah Sah masuk bilik lah jugak. Diorang gi rumah ambik keperluan baju sikit-sikit. Mok sehelai sepinggang. :(
Petang: Semua dah letih. Berehat.
Mungkin esok boleh start operasi membersih di rumah Sah dahulu. Rumah lain air masih tinggi.
Semoga air makin surut. Semoga dipermudahkan. Semoga mereka kuat dan tabah menghadapi dugaan banjir.Ya Allah, lindungilah mereka.
Rumah Moh (Kg. Jaya) - 8am 5 Dec2013 |
Sungai Limbong dekat CP - 5 December 2013 |
Pandangan udara. Kemaman dah jadi macam pulau - 6 Dcember 2013 |
Jambatan kat Agrobank, TNB - 5 December 2013
|
Tak sure kat mana. Kuantan kalo tak silap. Sangat sedih! |
Note: Gambar kredit pada tuan gambar. Banyak ambil dari FB.
Subscribe to:
Posts (Atom)