Wednesday, June 26, 2013

Saya Minta Maaf Duhai Jiran Tetangga

We're now dalam proses nak settle down dekat KT. Baru berpindah dari Kemaman ke KT. Baru tak baru sangat la. Tapi banyak berulang-alik Kemaman - K.Terengganu. So, stay kat rumah di KT jarang2 je.

Memang tak nyempat nak bercerita dengan jiran tetangga. Ber'hai' dan ber'senyuman' tu sempat la...kot... Bukan tak nak tegur, tapi....

Yang pertama, kitorang ni memang bukan jenis yang suka bercakap banyak2 or duk menyembang petang2 tepi pagar. And memang tak reti nak bersembang...tu Mama la...

Yang kedua, jiran2 pun semuanya sibuk2. Tak salahkan jiran pun. Semua ada rutin and kerja memasing. So, kalau nak bertembung kat luar tu memang susah sangat. 

Yang ketiga, for me... nak keluar jemur baju kat luar pun curi2 masa.. sebabnya?? budak kecik ni susah sangat nak tinggal. Kene tunggu dia tidur. Masa dia tidur tula nak buat semua kerja rumah. Masa tula nk rush buat kerja yang tak boleh buat kalau dia tak tidur. 

So, memang memanjang duk dalam rumah la mama...hahaha....


Saya Minta Maaf Duhai Jiran Tetangga.. Bukan tak nak bertegur sapa. InsyaAllah nanti kalau ada rezeki kitorang wat makan2. Bolehla berkenalan. Lagipun sekarang belum menetap sepenuhnya kat rumah tu selagi urusan ayah tak selesai kat Kemaman tu. InsyaAllah tak lama lagi ayah balik sini dah... :)

Pray for us....Semoga dipermudahkan segalanya...

Tuesday, June 25, 2013

Suki Merajuk Ngan Ayah

Ayah dah seminggu kat Kemaman.. Hari Jumaat haritu ada kenduri kat kerteh. Mama pergi kenduri tu dengan Tokki Bak & Tokma.

Ayah dah tunggu siap2 kat sana. Sampai je sana, ayah hulur tangan nak ambik Suki. Tp dia refuse... Toleh belakang tak nak tengok ayah. Pastu pandang depan tapi tak tengok ayah. Buat2 tak nampak ayah kat depan. Pandai merajuk dah ye!

Lama2 skit, dia pegang kat dada ayah dia.. Ayah nak ambik, baru nak. Suki Suki.... Dah rindu sangat dah dengan ayah lah tu.. Sampai merajuk! ... Love u Suki! Love ayah too!

Wednesday, June 19, 2013

Suki inside & outside..haha....


Nampak tak persamaan di situ? mestila kan..dah gambar orang yang sama kan..haha ;p

Love you sayang mama & ayah... muah3!!~

Thursday, June 13, 2013

Ketupat Sotong


Thursday, June 6, 2013

Comparison?

Memang agak serabut kadang-kadang bila ada yang membandingkan perkembangan anak kita dengan yang lain. Perkembangan setiap baby memang lain2..

Macam Suki sekarang dah 1 tahun 1 bulan tapi masih belum berjalan. Tatih sikit2 boleh la. Kalau ikut family sbelah mama memang setahun lebih baru leh jalan.

Yang jadi kebisingan sebab 2 orang yang sebaya dengan Suki, tapi lebih muda sebulan lebih dah boleh jalan masa 9bulan lagi. Memang nampak sangat la Suki ketingggalan bab tu. Tapi kalau bercakap boleh dah sikit2. Ikut mulut orang. Orang tua kata kalo lambat jalan, mulut ringan. Betul ke tidak tak tahu la kan.

So, moral nya... Bila anak kita dah besar nanti jangan suka nak banding2 kan dia dengan orang lain. Kalau dulu kita tak suka orang banding2kan anak kita, mesti anak kita pun sama. Guna cara lain untuk motivate anak. Bukan dengan cara banding membanding...

Teringat masa kecik2 dulu, ayahku cakap macam ni "Na kalau rajin lagi pandai dari M tu". See, ayat dia. :)

For my reminder ;)